top of page

Menang PRU 15, PH akan kembalikan negara ke landasan yang betul




Malaysia telah lama tergelincir dari landasan kemajuan dan ketahanan ekonomi sehingga rakyat hidup menderita dengan tiada kenaikan gaji malah kekurangan peluang pekerjaan.


Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 kali ini amat penting bagi menentukan negara boleh dikembalikan ke landasan yang betul atau terus terjunam ke dalam gaung ekonomi dan kemuraman sosial.


"(Oleh itu) sekiranya kita dapat mandat rakyat, kita akan kembalikan maruah rakyat dan tolak keluar kleptokrat serta kembalikan negara ke landasan yang betul


"Itulah pentingnya PRU akan datang," katanya dalam ucapan di Majlis Makan Malam Pakatan Harapan Pulau Pinang, malam tadi.


Kata beliau, PRU ke 15 adalah ibu segala pilihan raya kerana rakyat menghadapi pilihan yang sukar dengan 3 pakatan politik yang hampir sama kuat.


Namun, tegasnya, rakyat yang waras akan sangat mudah membuat pilihan kerana 2 pakatan itu telah jelas menyokong aktiviti menyamun dana awam serta mengkayakan kroni.


"PRU yang akan datang pengundi berhadapan dengan 3 pilihan. Setiap gabungan politik masuk PRU dengan agenda tersendiri.


"BN kalau ikut kata kata Ismail Sabri, beliau mahu sebuah kerajaan yang dipilih dan bukan sebuah kerajaan pintu belakang. Untuk dapatkan kesahihan pentadbiran dia.


"Bagi pemimpin lain Umno, kita tahu, Zahid Hamidi mahu PRU diadakan walau berlaku ribut, banjir, asalkan ada PRU dan rakyat mengundi BN, Umno menang dan dia akan bebas dari penjara. Itu agenda beliau.


"Kita lihat Ismail mahu jadi PM tetapi kalau Umno dan BN menang, adakah anda percaya Zahid tidak akan menuntut untuk menjadi PM?


"Perikatan Nasional macam mana? Saya pasti parti ini tidak akan jadi pilihan pengundi sebab jelas pimpinan parti ini telah menderhaka mandat yang diberikan kepada mereka ketika dalam PH.


"Dalam pada itu, adakah pengundi masih mahu pilih BN atau PN setelah apa yang dilakukan mereka?" tanyanya.


Menurut Chow, sangat penting pengundi memilih PH kerana pakatan itu telah pun dibersihkan daripada unsur unsur bejat dan khianat.


Pemimpin yang menimbulkan masalah dalam kerajaan 22 bulan sehingga rakyat menggelar PH 'kencing - hancing' kini sama ada telah keluar atau dipecat, dan bercokol di dalam BN - PN.


Sehingga yang tinggal dalam PH adalah pemimpin yang 100% bersih dan berwibawa.


"Saya percaya PH walaupun hilang tampuk pemerintahan kerana pengkhianatan namun kita (kini) menawarkan kepada rakyat parti yang sudah dibersihkan dari pengkhianat.


"Mereka sudah keluar dari parti. Dengan adanya akta anti lompat, kita percaya dapat menawarkan barisan pimpinan terbaik sekiranya diberi mandat memerintah negara," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page