top of page

Menang PRK KKB, tukar kerajaan: 'PN jangan perbodoh penyokong' - Razeef



Teori songsang Ahli Parlimen Kuala Krau, Kamal Ashaari dalam kenyataannya konon jika PN menang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) maka kerajaan pusat boleh bertukar tangan dikecam banyak pihak.


Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Razeef Rakimin berkata, kenyataan songsang seperti itu tidak wajar diucapkan oleh seorang Ahli Parlimen kerana jelas memperbodohkan penyokong PN.


Katanya, pemikiran Kamal amat semberono kerana PRK DUN tiada kena mengena dengan parlimen atau peralihan sokongan Ahli Parlimen yang membentuk Kerajaan Persekutuan.


"Adakah YB Kamal Ashaari melihat penyokong PN terlalu bodoh sehingga mudah mempercayai pembohongan dari pemimpin-pemimpin PN?


"Bagaimana perubahan sebuah kerusi DUN mampu mengubah Kerajaan Persekutuan sedangkan mengikut jumlah kerusi DUN Selangor sahaja ia tidak mampu mengubah Kerajaan Negeri?" tanya Razeef.


Tegas beliau, kenyataan Kamal itu sebaliknya boleh dianggap percubaan mensabotaj Kerajaan Perpaduan dan mengembalikan teori 'tebuk atap' yang telah pun reda apabila usaha menukar kerajaan gagal total pada Januari 2024 dan tiada usul Undi Percaya daripada pembangkang di Dewan Rakyat pada sesi Mac lalu.


"Kenyataan seperti ini dilihat seolah cubaan mensabotaj usaha kerajaan dalam pemulihan ekonomi dan menarik pelabur kerana antara keyakinan pelabur adalah melalui kestabilan kerajaan.


"Saya menggesa pemimpin pembangkang untuk menghentikan politik sempit dan pembodohan terhadap penyokong sendiri serta rakyat," katanya lagi.


Terdahulu, media melaporkan Kamal yang juga Timbalan Pengerusi Tetap Pas Pusat berkata mengikut situasi di atas kertas sesiapa pun yang memenangi pilihan raya kecil (PRK) pada 11 Mei, kedudukan Kerajaan Negeri tidak tergugat.


Bagaimanapun, katanya, jika calon kerajaan dapat dikalahkan hal itu bakal menjadi referendum dan isyarat kepada perubahan tersebut. Namun beliau mendakwa perubahan tersebut boleh terjadi 'mengikut kaedah semasa.'


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page