top of page

Menang Ketua AMK Sg Buloh, Bariqul Zaman sasar pentas AMK pusat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 16
  • 1 min read


Pemimpin muda Bariqul Zaman Batharul Zaman yang menang bergaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sungai Buloh baru baru ini mengintai peluang untuk pergi lebih jauh ke peringkat AMK Malaysia.


Beliau menang jawatan Ketua AMK Sungai Buloh dengan mendapat 771 undi menewaskan pencabarnya, Muhammad Sulhi, yang memperoleh 112 undi.


Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan Presiden Dewan Usahawan Malaysia itu untuk bertanding sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat AMK Malaysia.


"Saya amat terharu dengan sokongan luar biasa daripada para anggota di Cabang Sungai Buloh. Inilah bukti semangat juang anak muda yang mahukan perubahan dan suara yang lebih lantang di peringkat pusat," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Bariqul Zaman menyeru seluruh perwakilan dan anggota AMK dari segenap pelusuk negara untuk bersama-sama memperkukuh perjuangan generasi muda selepas pemilihan 2025.


"Kita harus bersatu. Agenda pemuda perlu diangkat dengan lebih serius dan saya sedia menjadi suara itu di Majlis Pimpinan Pusat," katanya.


Dalam pada itu, beliau juga menyatakan sokongan padunya kepada Saudara Kamil Munim yang akan bertanding sebagai Ketua AMK Malaysia.


"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Saudara Kamil Munim atas kemenangan beliau di Cabang Padang Rengas. Saya percaya kepimpinannya mampu membawa nafas baharu dan hala tuju yang jelas untuk AMK," ujarnya.


Dengan rekod perkhidmatan yang konsisten dan komitmen yang tinggi di peringkat negeri Selangor, Bariqul Zaman kini bersedia untuk menggalas cabaran lebih besar mengukuhkan hala tuju perjuangan AMK Malaysia.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page