top of page

Menang PRK Pulai, kemenangan politik moderat - Jimmy Puah



Pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P161 Pulai diseru untuk melaksanakan tanggungjawab membuang undi pada 9 September ini.


Pengalaman buruk di Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri yang dipertahankan Pakatan Harapan baru baru ini apabila faktor keluar berkurangan perlu dijadikan pengajaran.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Pulai, Jimmy Puah Wee Tse, kemenangan calon Kerajaan Perpaduan amat penting bagi memberitahu kepada seluruh negara bahawa orang Johor mahukan politik sederhana.


"Kemenangan di Pulai bermakna kemenangan dasar politik moderat. Kita mahu negara moderat, berbilang kaum, yang membangun, tidak cenderung kepada isu sensitif.


"Maka pengundi Pulai perlu keluar mengundi dan jangan ingat ini PRK ini tak ada benda.


"Saya bagi contoh, sekiranya PH tidak menang kerusi ini maknanya kita tinggal 147 kerusi di Dewan Rakyat. Kita tidak lagi ada majoriti 2/3, maknanya isu penting, contoh kita mahu pinda Perlembagaan beri hak kepada ibu warga Malaysia lahirkan anak di luar negara, itu memerlukan 2/3. Atau persempadanan semula pilihanraya, tambah kerusi perlukan 2/3," katanya kepada Suara Keadilan.


Berkenaan cabaran kepada jentera kempen Pakatan Harapan (PH) pula, Ahli Parlimen Tebrau itu berkata, pengundi di Pulai adalah pengundi bandar namun bukanlah berpendapatan tinggi kerana kawasan itu banyak perumahan flat.


"Ramai pengundi tinggal di flat dan bukan sedikit, contohnya flat Chempaka di DUN Kempas ada 20 lebih blok. Jadi cabaran unik sikit, maka isu kita kena tangani ialah isu kemiskinan bandar.


"Misalnya, insfrastruktur seperti lampu isyarat, juga blue print untuk masa hadapan pembangunan kawasan bandar juga satu isu yang amat diperhatikan oleh pengundi.


"Melayu di sini pula Melayu bandar dan banyak juga penjawat awam," katanya.


Sehubungan itu, Jimmy Puah memberi peringatan kepada jentera PH untuk bekerja bersungguh sungguh berkempen dan berusaha mengeluarkan para pengundi.


Katanya faktor keluar mengundi sehingga lebih 75% sahaja akan membuat calon PH menang selesa.


"Bagi kita dari PH, kita perlu naikkan jumlah keluar mengundi mereka yang bekerja di Singapura (mengundi). Ramai sebenarnya tingal sini kerja di Singapura.


"Kalau kita dapat keluar mengundi 75 - 80%, saya ada keyakinan kita boleh menang di Pulai dengan selesa," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page