top of page

Memperkasa sektor PMKS antara tumpuan Belanjawan 2024



Belanjawan 2024 yang dijadualkan untuk dibentangkan 13 Oktober ini, akan bersandarkan pada kerangka MADANI dengan memberi fokus kepada nilai pembangunan serta pekerjaan dalam sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS).


Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong berkata, Kementerian Kewangan (MOF) akan memperkasa sektor tersebut supaya dapat bersaing dalam ekonomi baharu, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negara.


"Hal ini adalah kerana PMKS merupakan antara pemacu utama ekonomi dengan kadar pertumbuhan dan peluang pekerjaan selain sektor tersebut paling terkesan terutama pada masa pandemik Covid-19.


"Oleh itu, kita perlu membina semula PMKS, keduanya kita juga nak membantu sektor tersebut meningkatkan rantaian nilai… menaikkan siling supaya PMKS kita boleh bersaing bukan sahaja di Malaysia tetapi global dalam ekonomi baharu, digital, kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi hijau," katanya dipetik.


Beliau ditemui pada Majlis Tayangan Dokumentari dan Pengumuman Penerima Manfaat Program Rangkaian Arkeopelancongan Wilayah Utara Malaysia di Kuala Lumpur semalam.


Sementara itu Sim berkata proses merancang belanjawan kali ini menerima sambutan paling ramai dengan membabitkan sebanyak 8,000 maklum balas secara bersemuka dan 11,000 menerusi portal kementerian.


"Apa yang kita mahu adalah Belanjawan 2024 ini boleh mencerminkan aspirasi semua lapisan masyarakat di Malaysia tidak kira kaum, agama, jantina dan negeri, di mana kita jelajah semua negeri untuk mendapat pandangan daripada semua pihak," katanya kepada pemberita.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page