top of page

Memorandum Kerjasama berjaya, PH akhirnya stabilkan politik - MB



Alasan pihak yang membina koalisi BN - PN meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020 adalah mahu mencipta kestabilan dalam politik Malaysia.


Namun, menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, selepas terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional (PN) kestabilan tetap tidak dicapai sepanjang pemerintahan kerajaan campuran Melayu - Islam itu


Kestabilan, katanya hanya dicapai selepas Perdana Menteri menandatanghani Memorandu Kerjasama (MoU) bersama Pakatan Harapan.


"Kita ambil langkah yang rasional untuk pertahankan kestabilan dalam negara.


"Siapa tak marah kita menang PRU kita digagalkan oleh katak politik, lompat tinggalkan perjuangan bersama musuh. Janji nak buat perubahan dapat kuasa dilupa.


"Apa kebaikan Langkah Sheraton? Tukar PM berapa kali, sampai sekarang masih ada ugut, bincang.


"Sekarang kita buat gencatan senjata, sain MoU, cukuplah kita ada masalah ekonomi lepas pandemik," katanya dalam ceramah Jelajah Harapan Selangor di Dewan Serbaguna MPAJ, Jalan AU5, Lembah Keramat Hulu Kelang, malam tadi.


Kata Amirudin, dengan MoU, PH berjaya membawa hala tuju politik ke arah yang lebih bermaruah apabila kerajaan BN - PN bersetuju untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.


Maka rakyat akan menikmati kestabilan kerajaan selepas ini tanpa ada katak yang boleh melompat lagi.


"Beberapa hari lepas Parlimen buat keputusan bersejatrah. Perlembagaan selepas ini buat undang undang tidak boleh ada lompat parti nak jatuhkan kerajaan. Kalau buat juga kerusi akan dikosongkan (untuk pilihan raya baharu)


"Perkara ini berlaku kerana PH sedar kita tak nak kerajaan kacau. Kita minta reformasi, buat undang undang anti lompat dan kita juga hampir capai 100% daripada isi kandungan MoU," katanya.


Menurut Naib Presiden KEADILAN itu lagi, semua itu berlaku kerana Umno amat maklum sekiranya PH memerintah lebih sepenggal maka seperti di Selangor, mereka tidak akan dapat berkuasa semula.


Oleh itu mereka timbulkan isu perkauman dan agama untuk menjatuhkan PH.


Katanya, dalam Islam selagi mana sesebuah pemerintahan melakukan islah maka kerajaan tersebut akan bertahan


"Ketika menang, musuh kita tahu jika kita sukses, sebagaimana sukses di Selangor hasilnya BN dan Umno tak akan bangun lagi. Ini contoh sangat jitu.


"Kalau kerajaan PH atau selain Umno dapat tadbir sempurna lebih sepenggal maka Umno tak dapat mentadbir lagi. Jadi mereka buat misi pecah belah.


"Dia bangkitkan soal kaum, agama. Mencuri, merompak selagi dia Melayu dan Islam dia lebih baik daripada orang bukan Islam.


"Dalam hal ini Imam Fakhruddin al-Razi menyebutkan kerajaan adil, baik, Islam akan sentiasa dilindungi walaupun kerajaan itu bukan dari kerajaan yang benar benar beriman kepada Allah," katanya lagi.


Justeru MB berpesan, sekiranya mahukan kerajaan yang stabil selepas PRU 15 maka rakyat Selangor jangan sesekali ada niat dalam hati untuk merelakan Umno BN memerintah semula.


0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page