top of page

Memorandum ABIM Gesa Selesai Isu Bidang Kuasa Mahkamah Syariah



MEMORANDUM: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada keprihatinan Sultan Selangor yang juga merupakan Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berhubung kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal undang-undang Islam di bawah enakmen negeri serta isu bidang kuasa Mahkamah Syariah yang masih dijadikan isu pertikaian pihak tertentu.


ABIM menjunjung kasih keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor tersebut bersempena Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Ha Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) ke-70 yang berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.


Keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ini menggambarkan komitmen Baginda Tuanku untuk mencari penyelesaian kepada isu pemerkasaan bidang kuasa Syariah Dalam Negara.


Masa cari penyelesaian isu 6 dekad


Justeru, berasaskan keperihatinan tersebut, maka Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpandangan sudah tiba masanya Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dukungan kuat YB Senator Datuk Setia Na'im Mokhtar untuk bersama mencari penyelesaian kepada isu pentadbiran agama Islam menerusi bidang kuasa negeri dan Mahkamah Syariah ini, agar pertikaian bidang kuasa yang disepakati sebelum ini tidak berulang. Maka, adalah disyorkan seperti berikut:


1. Jalan penyelesaian yang dirintis seharusnya menjurus kepada langkah untuk pengharmonian kedua-dua bidang kuasa – Syariah dan Sivil, dalam masa yang sama meneruskan usaha untuk memperkasa Mahkamah Syariah;


2. Maka, wujud keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan “undang-undang jenayah” dalam Senarai III – Senarai Bersama Persekutuan dan Negeri, Jadual Kesembilan, dengan menzahirkan kesalahan jenayah Syariah berada dalam bidang kuasa negeri. Menerusi pindaan ini, Dewan Undangan Negeri akan diberikan kuasa untuk menggubal, meminda serta menguatkuasakan sesuatu undang-undang jenayah dalam ruang lingkup kesalahan jenayah Syariah;


3. Ini memandangkan dalam peruntukan undang-undang sedia ada, sememangnya terdapat beberapa kesalahan yang diletakkan di bawah kedua-dua bidang kuasa iaitu Enakmen Jenayah Syariah dan Kanun Keseksaan seperti kesalahan sumbang mahram, pelacuran, hubungan seks sesama jantina, hubungan seks luar tabii dan perbuatan tidak sopan di tempat awam. Justeru, menerusi langkah memasukkan “undang-undang jenayah” dalam Jadual Kesembilan Senarai III – Senarai Bersama dengan batasan untuk kesalahan Syariah akan menyelesaikan kekangan yang dinyatakan dalam kes di atas;


Peruntukan undang undang boleh wujud bersama


4. Langkah pengharmonian ini juga sejajar dengan kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja lwn Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Satu Lagi [1999] 2 MLJ 241 yang di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa peruntukan undang-undang antara Kanun Keseksaan dan Enakmen Jenayah Syariah Negeri boleh wujud secara bersama atau ‘co-exist’.;


5. Namun, seperti yang dinyatakan, batasan kesalahan yang hanya dalam ruang lingkup jenayah Syariah perlu dijelaskan agar tidak timbul sebarang polemik dan salah faham di kemudian hari. kesalahan perlu dijelaskan.


6. Dalam masa yang sama, seiring dengan usaha pengharmonian ini, usaha penambahbaikan urusan merangkumi pentadbiran dan pelaksanaan Undang-undang Syariah harus ditingkatkan.


Oleh yang demikian, ABIM berharap agar penyelesaian ini dapat dicapai menerusi pendekatan musyawarah dan inklusif berasaskan kepada masalah kepentingan semua golongan. Pendekatan ini sejajar dengan semangat untuk menjayakan agenda Malaysia Madani.



Memorandum diserahkan oleh Muhammad Faisal Abdul Aziz merupakan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page