Memadai PH bersama 3 parti komponen di Melaka



Pakatan Harapan (PH) dijangka mampu memberi saigan sengit di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November ini dengan kekuatan 3 komponen yang bertanding.


Menurut Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Faezuddin Puad, calon dari ketiga-tiga komponen berkenaan telah pun dikenali penduduk tempatan dan sering melakukan gerak kerja lapangan yang boleh menjamin sokongan serta tidak mungkin mengulangi episod meletakkan calon Bersatu, dan kemudian berkhianat.


"Setakat hari ini memadai 3 parti - KEADILAN, DAP dan Amanah bersama dalam PH hadapi PRN Melaka.


"Lebih baik ketiga-tiga parti ini meletakkan calon dari kalangan pemimpin mereka sendiri. Letaklah calon yang terbukti setia kepada parti, kental dalam perjuangan dan tidak khianat. Ianya lebih baik berbanding mencalonkan orang luar," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Faezuddin lagi, ura-ura terdapat parti lain misanya Muda ingin bertanding atas tiket PH seharusnya difikirkan sedalam mungkin memandangkan calon pemuda dalam kalangan PH juga berkualiti.


"Kalau ada keperluan untuk meletakkan calon muda, dalam PH sendiri ada sayap pemuda, Angkatan Muda Keadilan, DAPSY dan Pemuda Amanah. Sudah pasti pemimpin muda dalam PH lebih baik berbanding pemimpin muda yang lain.


"Ada pihak luar ingin bantu? Kita alu-alukan. Malah kita menghargai setiap sokongan dan bantuan mana-mana pihak yang ingin melihat PH menang PRN Melaka. Namun tiada keperluan untuk beri mereka guna logo PH," katanya.


Isu yang penting, kata Faezuddin ialah mengelakkan berlakunya sekali lagi Langkah Sheraton dan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap PH menjelang PRU 15 nanti.


Tegas beliau, cukuplah pengalaman ditinggalkan rakan sekutu pada Februari 2020 lalu untuk PH lebih berwaspada pada kali ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER