top of page

'Melayu yang dapat sokongan bukan Melayu boleh survive jangka panjang'

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 17, 2023
  • 2 min read

ree

Pasca Pilihan Raya Negeri dan pra Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai serta DUN Simpang Jeram, orang Melayu diingatkan agar tidak memilih perjuangan Perikatan Nasional (PN) yang ekstrem dan memperjuangkan sesuatu kaum sahaja.


Menurut Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Nor Adam, perjuangan mengutamakan sesuatu kaum itu tidak akan membawa kemajuan kepada negara dan mustahil akan bertahan pada jangka masa panjang.


Oleh itu, beliau menyeru penyokong UMNO yang beralih ke PN agar memikirkan masak masak masa hadapan negara berbanding ego atau emosi jangka pendek mereka.


"Orang Melayu yang hari ini dah pecah tiga, ada sebahagian bersama Pas, Bersatu, bersama BN juga bersama KEADILAN, Amanah, saya nak beritahu bila Melayu berpecah akhirnya Melayu yang mendapat sokongan bukan Melayu sahaja boleh survive untuk jangka masa panjang.


"Kita dah bergaduh antara antara kaum terlalu lama dan ini tidak sihat untuk negara, tidak sihat untuk kestabilan politik serta ekonomi.


"Bila politik tak stabil orang luar tak masuk melabur dan yang terkesan rakyat. Bila pelabur lari, kilang tutup peluang pekerjaan berkurangan, kadar pengangguran meningkat yang sensara (pada waktu itu) rakyat," katanya dalam Facebook live bersama Lokman Adam, malam tadi.


Tegas Lokman lagi, Malaysia yang kurang mengadakan hubungan antarabanagsa pada waktu pemerintahn Tun Mahathir atau Mahiaddin Yassin kini telah kembali menonjol di peringkat antarabangsa.


Rakyat, katanya, harus melihat perkembangan tersebut secara positif, menghargainya dan bukan sebaliknya menentang Kerajaan Perpaduan.


"Hari ini kita ada Datuk Seri Anwar, orang yang ada jaringan di peringkat antarabangsa yang cukup hebat, beliau telah dibantu oleh Zahid yang berpengalaman jadi Timbalan Perdana Menteri zaman Najib Razak.


"Dalam masa sama kita ada gabungan berbilang kaum yang cukup harmoni ini untuk jangka masa panjang," katanya.


Ke hadapan, tambah Lokman, Kerajaan Perpaduan yang 19 parti di dalam gabungannya adalah kombinasi terbaik kerana ada semak dan imbang, semua kaum katanya, diwakili dan tidak akan tersisih sebagaimana pemerintaha PN lalu yang menyukarkan kaum kaum tertentu untuk bersuara.


"Hari ini tidak ada mana mana parti politik yang boleh memerintah sesuka hati kerana mereka akan disemak imbang oleh rakan dalam Kerajaan Perpaduan itu sendiri.


"Ini penting. Inilah sesuatu yang jauh lebih baik untuk masa depan negara kita," katanya lagi.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page