top of page

'Melayu tidak hilang 10 tahun lagi, kroni Mahathir yang akan hilang'



Kenyataan Tun Mahathir Mohamad kononnya Melayu akan hilang 10 tahun lagi sekiranya mereka tidak bersatu dilihat pendapat songsang yang tidak mempunyai dasar.


Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berkata, kenyataan Tun Mahathir kononnya Melayu akan hilang itu mungkin tertumpu kepada Melayu yang menyeleweng kewangan negara dan bakal disumbat ke penjara.


"Tun M kata lagi 10 tahun Melayu akan hilang di bumi Malaysia ini.


"Kita jawab, yang akan hilang bukannya orang Melayu. Yang akan hilang ialah kroni Mahathir, anak anaknya yang akan hilang. Itu yang dia bimbang sebenarnya.


"Dia takut kroni dia tak boleh cari makan, dihadapkan ke muka pengadilan. Daripada skandal Perwaja, BMF, Forex di zaman beliau jadi PM sejak tahun 1981


"Kemudian 2003 dia keluar pejabat (PM), 2018 masuk balik jadi PM selama 22 bulan. Banyak kerosakan dibuat," katanya mengulas pendapat Tun M yang disuarakan dalam Sesi Minda Negarawan: Iktibar 150 tahun Perjanjian Pangkor di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 20 Januari lalu.


Berkenaan sidang media bekas Perdana Menteri itu semalam yang menyentuh penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas anaknya, Lokman berkata, anak Tun M perlu menjawab dari manakah mereka memperolehi kekayaan luar biasa sejak berdekad dekad lalu.


"Anak Dr Mahathir ini, dia (Tun M) dok kata dia tak ada duit. Tetapi anak dia jadi billionaire, mesti ada satu benda yang kalau betul Mahathir kata dia tidak bantu anak dia, maka suruh Mahathir jawab dari mana kekayaan luar biasa anak dia.


"SPRM menggunakan akta AMLA (Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram) untuk minta penjelasan dari Mirzan Mahathir dari mana datang kekayaan yang luar biasa.

"Kalau dia berniaga secara halal tak ada masalah. Tunjukkan modal, dia berniaga berapa tahun sebab itu dia mampu beli saham Petron, dia mampu beli San Miguel saham kilang arak, dia mampu ada syarikat perkapalan," katanya lagi.


Tambah Lokman, tiada pihak boleh terlepas daripada undang undang negara. Sekiranya anak Mahathir didakwa melakukan kesalahan maka akan dibicarakan. Tiada beza dengan rakyat Malaysia yang lain.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page