top of page

Melayu terpinggir: Tun M berhentilah bermain sentimen perkauman



Kontroversi terbaharu dicetuskan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad kononnya kaum Melayu akan terpinggir di Malaysia apabila negara berbilang kaum direalisasikan amat keliru dan terpesong daripada realiti Perlembagaan Persekutuan.


Menurut Setiausaha Politik Menteri Kesihatan Malaysia, Napsiah Khamis, komen Tun M yang disiarkan oleh media semalam malah merbahaya kepada perpaduan rakyat kerana boleh membawa tafsiran bahawa bukan Melayu berkedudukaan sebagai masyarakat kelas kedua di negara ini.


"Tafsiran Dr Mahathir terhadap peruntukkan Perlembagaan bukan sahaja tidak tepat malah membahayakan. Malah saya menyifatkan tafsiran beliau sangat berbahaya, yang memberikan implikasi bahawa warganegara bukan Melayu seolah-olah tiada tempat atau sekadar kelas kedua.


"Tafsiran ini jelas bertentangan dengan cita-cita dan impian Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman dan para pembina negara yang telah berjuang memerdekakan tanah air di dalam semangat kebersamaan berbilang kaum," katanya dalam satu kenyataan.


Napsiah tertanya tanya sama ada Tun M telah diserang penyakit lupa ingatan kerana katanya, cita-cita mengujudkan Bangsa Malaysia merupakan salah satu teras di dalam Wawasan 2020 yang beliau ilhamkan 30 tahun lalu.


Katanya, amat mendukacitakan apabila Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan yang sangat bertentangan dengan Wawasan beliau sendiri.


Sehubungan itu, Napsiah menasihatkan Tun M pada penghujung usianya agar tidak menjadi pemecah belah masyarakat dan mengekalkan reputasi beliau sebagai negarawan.


"Saya menyeru kepada Dr Mahathir supaya berhentilah bermain sentimen perkauman, berhenti menonjolkan diri konon sebagai hero Melayu serta mengacaubilaukan perpaduan kaum yang telah dibina selama ini.


"Tafsiran semberono kepada peruntukkan Perlembagaan adalah jelas berniat jahat dan tentunya tidak membantu membina sebuah negara Malaysia yang aman damai dan bersatu padu.


"Tidak sampai sebulan lagi kita akan merayakan Hari Kebangsaan yang ke 66 tahun. Adalah amat malang setelah lebih setengah abad masih ada pemimpin seperti Dr Mahathir yang terkurung di dalam kejumudan perkauman dan cenderung memainkan sentimen perkauman demi keuntungan politik peribadinya," kata Napsiah lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page