top of page

Melayu hilang kuasa: Taktik Dr M jatuhkan lawan politik berulang?



Serangan terbaharu bekas Ahli Parlimen Langkawi, Tun Mahathir Mohamad ke atas Kerajaan Perpaduan kononnya tidak membenarkan program Sekretariat Proklamasi Orang Melayu merupakan taktik politik berulang sepanjang karier beliau sejak puluhan tahun lalu.


Menurut Setiausaha Gabungan Reformis Malaysia (GRM), Kapten (B) Zulkifli Othman, taktik Mahathir tersebut dikesan untuk menagih simpati orang Melayu kononnya kerajaan semasa menekan beliau, sedangkan sosok beliau yang berusia 98 tahun dan kalah pilihanraya sehingga hilang deposit di pulau yang beliau sendiri majukan amat jelas menunjukkan penolakan orang Melayu.


Bagi Zulkifli, taktik yang dilakukan Mahathir sekarang tidak jauh bezanya pada 1970an lalu apabila beliau menjatuhkan Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman dengan mendakwa orang Melayu tidak suka cara politik Tunku yang pro Cina, dan kemudian menulis buku Malay Dilema.


"Apa dia lakukan hari ini sama dengan strategi jatuhkan Tunku Abdul Rahman


"Bawa isu dilema Melayu. Buku dia Malay Dilema. mahathir yang dilema. Tahun 1970an gerakan Mahathir jatuhkan Tunku. Kononnya Melayu hilang punca kuasa sebab itu tercetusnya rusuhan kaum 13 Mei.


"Hari ini modus operadi sama dibawakan. Melayu hilang punca kuasa. Sedangkan ketua jabatan, ketua angkatan tentera masih lagi orang Melayu


"Di mana hilang punca kuasa Melayu? Punca kuasa Melayu sebenarnya bersama pimpinan Melayu berintegriti, bukan lagi bersama pimpinan yang gila kuasa (seperti sebelum ini)," katanya.

Kapten (B) Zulkifli Othman

Sehubugan itu, Zulkifli mengingatkan rakyat Malaysia khususnya generasi muda Melayu agar berwaspada dengan taktik basi yang dikitar semula berkali kali sejak 1970an itu dan digunakan ke atas hampir semua musuh politik Mahathir daripada berulang.


Katanya, mungkin Mahathir telah tersepit dengan agenda politik baharu pesaingnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memerangi rasuah, maka dalam 3 bulan selepas terbentuknya Kerajaan Perpaduan tiba tiba orang Melayu dianggap hilang punca kuasa.


"Apa saya lihat modus operandi Mahathir Melayu dalam dilema ini satu kesilapan besar kalau orang Melayu menyahut. Kita tidak nafikan jasa beliau. Namun untuk memecahkan minda orang Melayu hilang kuasa adalah langkah yang salah


"Kita lihat anak Melayu berjaya. Cuma tidak ada ada yang nak bina tamadun Melayu. Kini ada Perdana Menteri ke 10 untuk bina kembali kekuatan orang Melayu.


Sebaliknya Mahathir hari ini guna parti kecil Putra sebagai landasan setelah gagal bersama Bersatu, Pejuang.


"Ini pemimpin yang hidup dia selagi mana keinginannya tak dilaksanakan beliau akan terus memberontak," katanya lagi.


Justeru Zulkifli menasihatkan orang Melayu untuk berfikir dengan matang dan tidak mengikut telunjuk politikus pentingkan diri serta kroni.


Katanya, orang Melayu perlu melakukan reset minda, bersaing dalam setiap bidang ketika dunia tanpa sempadan hanya mengiktiraf yang terbaik memperolehi kejayaan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page