top of page

Mekanisme penetapan harga bahan api ambil kira kesan kepada rakyat



Malaysia akan melaksanakan mekanisme penetapan harga bahan api yang bersesuaian bagi mendorong penggunaan tenaga lebih cekap dan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, langkah bagi menyambut usaha tindakan perubahan iklim global itu akan dilakukan secara seimbang dengan mengambil kira kesannya kepada sosioekonomi rakyat negara ini.


"Pendekatan ini sejajar dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan menggalakkan amalan lestari tanpa membebankan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Kenyataan itu memberitahu langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia itu akan dikongsi dalam Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia (WBG) 2024 di Washington, Amerika Syarikat dari 17 hingga 19 April ini.

Amir Hamzah mengetuasi delegasi Malaysia ke mesyuarat itu.


Laporan Bloomberg kelmarin memetik Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan akan mengurangkan subsidi petrol tahun ini dalam usaha untuk mengecilkan defisit fiskal negara.


Beliau berkata susulan jangkaan rasionalisasi bahan api itu, kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi secara berperingkat dengan risiko inflasi meningkat sebelum rancangan itu dilaksanakan.


"Kita berada pada landasan yang tepat untuk memberi bantuan bersasar kepada golongan yang memerlukan. Kerajaan tetap akan melaksanakannya (rasionalisasi subsidi petrol)," katanya kepada Bloomberg.


Akhir tahun lalu, Rafizi dilaporkan berkata kerajaan akan melaksanakan program subsidi bersasar RON95 pada separuh kedua 2024.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page