top of page

Mekanisme pembiayaan projek hijau sedang dirancang - Rafizi



Kerajaan merancang untuk bekerjasama dengan sektor kewangan untuk mewujudkan mekanisme pembiayaan peralihan tenaga bagi syarikat terbabit projek hijau.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, terdapat keperluan untuk mewujudkan ekosistem yang lebih menyeluruh untuk melengkapkan inisiatif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).


Melalui langkah tersebut jelasnya, industri boleh menyumbang ke arah merealisasikan projek mesra alam yang lain, yang tidak semestinya membabitkan projek solar atau hidrogen sahaja.

"Kami sedang melihat untuk bekerjasama dengan industri perbankan serta kewangan bagi membangunkan satu lagi set atau aliran pembiayaan yang kami gelarkan pembiayaan peralihan.


"Dalam kami bercakap mengenai peralihan tenaga, terdapat banyak sektor, industri atau projek yang mungkin tidak layak untuk pembiayaan hijau. Sebagai contoh, jika anda membawa peralatan yang bertujuan meningkatkan kecekapan tenaga, secara definisi, itu bukan projek hijau," katanya dipetik.


Ahli Parlimen Pandan itu ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) 2023 di Subang Jaya pada Selasa.


Rafizi sementara itu berkata menerusi NETR, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2 bilion pembiayaan untuk projek peralihan tenaga, dan kementeriannya akan bekerjasama dengan institusi kewangan bagi melihat berapa banyak yang boleh diperuntukkan untuk mekanisme baharu itu.


"Saya berharap ia akan membuka saluran kepada kerajaan untuk bekerjasama dengan sektor perbankan serta kewangan dalam mengembangkan sistem yang sedia ada bagi pembiayaan hijau selain pembiayaan peralihan, yang jauh lebih besar daripada pemahaman pembiayaan mesra alam yang wujud dalam pasaran kewangan semasa.


"Di situlah pendekatan serta perspektif sedia ada mengenai pembiayaan hijau dan kelestarian kemampanan perlu diperluaskan untuk merangkumi pembiayaan peralihan," tambahnya yang yakin inisiatif itu akan mendapat maklum balas positif fari pihak perbankan dan kewangan.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page