top of page

MEF sokong keputusan tolak pengeluaran lanjutan KWSP



Keputusan tidak popular Perdana Menteri yang tidak membenarkan pengeluaran lanjut daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disokong Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).


Presidennya, Syed Hussain Syed Husman menganggap hal itu menunjukkan azam politik kerajaan perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan kemampanan jangka panjang simpanan KWSP, sebaik saja pencarum bersara.


"MEF bimbang pengeluaran melalui skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101.1 bilion mendedahkan ahli KWSP terhadap risiko miskin di hari tua.


"Dengan skim pengeluaran khas ini, ketika ini, kira-kira 48% ahli KWSP berumur 55 tahun ke bawah mempunyai simpanan sangat rendah. Untuk menambah pengeluaran dibuat sepanjang tempoh Covid-19, ahli perlu bekerja selama empat hingga enam tahun (selepas bersara)," katanya.


Pada Khamis Anwar berkata, kerajaan sedang berusaha mencari mekanisme terbaik membantu rakyat menangani kos sara hidup tanpa perlu membuat pengeluaran KWSP.


Tegasnya, rakyat perlu sedar bahawa pengeluaran KWSP hanya menjejaskan simpanan mereka ketika sudah bersara.


"MEF gembira kerana Kerajaan Perpaduan sedang meneliti semuanya, selain memahami perkara baik dan praktikal untuk dilaksanakan demi kelestarian hidup selepas bersara," tambah Syed Hussain.


Beliau juga menyarankan kerajaan untuk terus memastikan pencarum KWSP mempunyai simpanan mencukupi menjalani kehidupan normal selepas persaraan.


Hal itu termasuk dengan mengkaji semula dasar “tidak relevan” KWSP yang membenarkan pengeluaran 1/3 pada usia 50 tahun dan pengeluaran penuh pada usia 55 tahun memandangkan umur persaraan telah dinaikkan kepada 60 tahun


Tindakan itu menurutnya sangat penting memandangkan Malaysia akan menjadi “negara tua” menjelang 2030.


"Kerajaan mesti menggunakan wang cukai kami dan sumbangan sosial lain untuk menyediakan penjagaan perubatan serta rumah penjagaan lebih baik untuk warga emas. KWSP tidak boleh menjamin faedah begitu kepada rakyat kerana kosnya semakin tinggi," tambah beliau.


Sebagai rekod, Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein pada Januari lalu mendedahkan seramai 5.1 juta atau 76 peratus pencarum bumiputera Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun dikenal pasti mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 pada hujung tahun 2022.


Tahap simpanan penengah (median) untuk bumiputera pula telah jatuh daripada RM6,600 pada hujung tahun 2021 kepada RM4,700 pada hujung tahun 2022.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page