top of page

Media sosial perlu diperkasa lawan fitnah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 24
  • 1 min read

ree

KEADILAN perlu perkuatkan penerangan di media sosial terutama untuk menerangkan perkara yang telah dibuat oleh Kerajaan Madani kepada kaum India.


Naib Presiden KEADILAN Datuk Seri R Ramanan berkata, banyak perkara baik diwujudkan kerajaan namun tidak sampai ke pengetahuan rakyat khusus orang India kerana lemahnya penguasaan di media sosial.


"Parti kita, di sosial media kita paling aktif bila waktu pembangkang, bila jadi kerajaan kita lemah. Sekarang mereka pakai untuk tarik sokongan rakyat," katanya.


Menurut beliau, kaum India juga terpengaruh kepada media sosial dan tidak melihat kerajaan telah memenuhi janji membela kaum berkenaan.


"Bagi seorang yang wakili komuniti India, sangat penting saya bawa isu berkaitan komuniti India.


"Antara isu utama kita perlu sedar di bawah PM Anwar banyak inisiatif dibuat untuk komuniti India. Tetapi kelemahan dari segi soail media.


"Ini punca yang kita kena lihat betul betul, sebab kalau tidak ditangani PRU akan datang jadi masalah besar kerana musuh utama adalah fitnah.


"Ini sedang ditabur. Kadang kadang antara kawan kawan. Apa lagi dengan musuh di luar," katanya.


Sehubungan itu beliau berkata, media sosial perlu diperkukuhkan untuk menang pilihanraya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page