top of page

Media sosial jadi lubuk pedofilia: Kerajaan perlu bertindak segera - Norffinie

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 13
  • 2 min read
ree

Oleh: Sandy Zaliu


Kewujudan kumpulan awam di media sosial dengan nama seperti “Group Budak-Budak Sekolah Rendah” mencetuskan kebimbangan masyarakat terhadap keselamatan kanak-kanak, apabila disyaki menjadi tempat pemangsa seksual berkumpul dan mengintai mangsa secara senyap.


Kumpulan yang dilihat mengandungi lebih 12,000 ahli itu menimbulkan persoalan besar iaitu siapakah yang memantau kandungannya, dan apakah motif sebenar di sebalik penubuhannya?


Susulan pendedahan tersebut, Ahli Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat, Siti Norffinie Yassin (gambar), tampil menggesa pihak berkuasa serta ibu bapa agar tidak memandang ringan terhadap ancaman pedofilia yang semakin menular di alam maya itu.


"Ancaman pedofilia bukan mitos. Ia nyata dan sedang berlaku. Kita tidak boleh leka. Kanak-kanak perlu dilindungi daripada sebarang bentuk eksploitasi, sama ada secara fizikal atau digital," tegas beliau dalam satu kenyataan hari ini.


Siti Norffinie turut menyeru agar platform-platform media sosial seperti Facebook dan Telegram bertanggungjawab dalam menyaring dan membendung aktiviti kumpulan yang mencurigakan, terutamanya yang menyasarkan kanak-kanak.

ree

Menurut laporan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, sebanyak 12,890 kes jenayah seksual terhadap wanita dan kanak-kanak dilaporkan pada tahun 2022, meningkat daripada 11,092 kes pada tahun 2020.


Sementara itu, Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) pula mendedahkan bahawa pada tahun lalu terdapat 912 kes jenayah seksual membabitkan suspek bawah umur, termasuk 601 kes rogol dan 215 kes penderaan seksual fizikal terhadap kanak-kanak.


Pegawai kanan D11 turut mengesahkan peningkatan kes pemilikan dan penyebaran bahan pornografi kanak-kanak dalam talian, termasuk melalui kumpulan media sosial tertutup yang sukar dikesan secara langsung tanpa kerjasama penyedia platform.


Sehubungan itu, ujar Siti Norffinie, usaha membanteras pedofilia perlu dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi tiga teras utama iaitu pemantauan platform digital, pendidikan kepada ibu bapa dan anak-anak, serta penguatkuasaan undang-undang lebih tegas terhadap jenayah seksual digital.


"Setiap kali kita memuat naik gambar anak ke media sosial tanpa sekatan, kita mungkin membuka ruang kepada orang yang salah. Ini bukan isu politik. Ini isu kemanusiaan dan perlindungan terhadap golongan paling lemah dalam masyarakat," katanya.


Beliau juga menyokong cadangan penubuhan unit khas pemantauan jenayah seksual digital di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, namun menekankan bahawa tindakan yang diambil mestilah pantas dan berimpak tinggi.


"Lindungi kanak-kanak. Perangi pedofilia. Jangan leka. Ini bukan hanya slogan tapi amaran," kata Norffinie lagi, yang kini giat menjalankan kempen kesedaran digital bersama sayap Wanita KEADILAN Pusat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page