top of page

Media Perpaduan dilancar, perkukuh penerangan tangkis dakyah PN



Menjelang Pilihan Raya Negeri di 6 negeri gabungan media parti dan media sosial Kerajaan Perpaduan membentuk gabungan Media Perpaduan.


Upacara pelancaran Media Perpaduan dilakukan dalam majlis makan malam yang mengumpulkan penggiat media sosial dan media utama komponen Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam tadi.


Menurut Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan, Fahmi Fadzil pelancaran Media Perpaduan malam tadi yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memperkuatkan propaganda parti komponen Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi serangan Perikatan Nasional.


Antara tetamu kehormat pelancaran Media Perpaduan; Senator Bob Manolan, Fahmi Fadzil, DS Shamsul Iskandar

"Media Perpaduan secara rasminya dilancarkan.


"InshaAllah, media ini akan menjadi platform untuk merangkum kekuatan Kerajaan Perpaduan.


"Seperti yang diamanatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, media perlu menjadi benteng utama untuk membawa agenda perpaduan," katanya.


Untuk rekod, Media Perpaduan pada waktu ini dipimpin oleh Pengarah Komunikasi Umno Datuk Lokman Noor Adam (gambar, sebelah Anwar).


Turut hadir malam tadi adalah pemimpin utama PH dan BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub dan pemimpin pemimpin utama parti komponen PH serta BN lainnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page