top of page

Media Kuasa Keempat: Jaga Keseimbangan Politik Semasa



Oleh: Andre Lai


ULASAN: Akhbar dan media memainkan peranan penting dalam masyarakat pendukung demokrasi. Mereka adalah Fourth Estate – sebagai ‘kuasa keempat’ merujuk kepada status akhbar sebagai pemantau. Istilah ini datang daripada pembahagian kuassa ‘separation of powers’ doktrin kerajaan demokrasi yang membahagikan urusan pentadbiran kepada 1) Legislatif atau penggubal undang-undang, 2) Eksekutif atau pentadbir kerajaan berdasarkan undang-undang dan 3) Kehakiman atau pelaksana undang-undang. ‘Fourth estate’ merupakan pemantau kepada 3 cabang kuasa yang pertama – dalam dunia moden ia dirujukkan kepada kuasa media untuk menjaminkan kebebasan akhbar bagi tujuan semak dan seimbang.


Di Malaysia, akhbar dan media mempunyai sejarah yang panjang dan kaya. Akhbar pertama di Malaysia telah diterbitkan pada tahun 1806, dan stesen radio pertama telah ditubuhkan pada tahun 1938. Media massa beralih ke transformasi dalam dunia digital melalui portal atas talian dan media sosial, menjadikan ia penentu sumber maklumat utama yang tidak boleh diabaikan, sebagai penjaga dan penyeimbang kerajaan dalam perkembangan politik semasa.


Media pastikan akauntabiliti, keadilan


Peranan pengamal media dalam mengawal kerajaan dan perkembangan politik semasa adalah penting untuk memastikan akauntabiliti dan keadilan dalam pentadbiran negara. Sebagai institusi keempat, media memainkan peranan sebagai 'pengawal pintu belakang' yang mengawasi tindakan dan keputusan kerajaan serta perkembangan politik semasa. Ia membolehkan rakyat mendapat maklumat objektif dan menyokong proses demokrasi yang sihat.


Kekuatan media untuk menjadi penjaga dan penyeimbang kerajaan dan perkembangan politik semasa berasal daripada tugas mereka sebagai pemegang amanah. Media mempunyai tanggungjawab untuk memberi laporan yang tepat, terperinci dan kritikal mengenai tindakan kerajaan dan perkembangan politik semasa. Melalui penyelidikan, penyiaran dan liputan berita yang telus media mendedahkan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan tindakan salah perkembangan politik semasa yang boleh merosakkan kepentingan awam.


Bagaimanapun, kuasa media untuk menjadi penjaga dan penyeimbang kerajaan dan perkembangan politik semasa tidak dapat diwujudkan tanpa kebebasan media yang sebenar. Kebebasan media adalah hak asasi yang perlu dilindungi dan dipelihara untuk memastikan media dapat bertindak secara bebas dan tidak terikat oleh campurtangan politik atau kepentingan tertentu.

Kegagalan untuk menjaga kebebasan media akan menyebabkan kehilangan satu mekanisme kritikal yang memastikan akauntabiliti dan ketelusan dalam pemerintahan.

Andre Lai

Kebebasan media antara komitmen Kerajaan Perpaduan, seperti yang telah diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan media tidak disekat di bawah pentadbiran Malaysia Madani, berbeza dengan rejim pentadbiran sebelum ini.


Meskipun hari ini terdapat alternatif penyuara pendapat di alam maya (melalui Tik Tok dan Whatsapp), sebaran maklumat yang tidak benar dapat dikesan dengan mudah. Pengamal media membantu masyarakat memahami dasar-dasar, undang-undang dan keputusan yang mempengaruhi kehidupan mereka.


Dengan memberikan laporan yang objektif dan analisis yang kritikal, media memberi peluang kepada rakyat untuk membuat keputusan yang lebih berinformasi dan bertanggungjawab semasa mengundi. Mana-mana gelombang fitnah dan propaganda tidak dapat berkekalan dengan kekuatan media yang sentiasa berada dalam keadaan kritis atau berjaga-jaga.


Bantu masyarakat buat keputusan


Kekuatan media sebagai penjaga dan penyeimbang kerajaan dan perkembangan politik semasa tidak dapat dinafikan. Ia adalah suatu elemen penting dalam kehidupan berdemokrasi, membantu masyarakat membuat keputusan yang berinformasi dan melindungi kepentingan awam.


Oleh itu, adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk menyokong media yang bekerja dengan telus, bertanggungjawab dan berintegriti dalam menjalankan tugas penting mereka. Dengan kekuatan media yang digunakan secara efektif, kita dapat membina masyarakat yang lebih demokratik, adil dan berkembang di Malaysia.


Dalam konteks KEADILAN, kebebasan media merupakan agenda reformasi dan memberi amaran kepada pengamal politik ‘old guard’, yang masih mempraktikan politik feudal tidak kira di sebelah kerajaan atau pembangkang. Pada satu masa dahulu, Suara Keadilan sebagai lidah parti menjadi satu-satunya lidah menyuarakan ketidakadilan dalam negara sebelum kebangkitan rakyat pada 2008. Saya percaya ramai di kalangan kita yang berumur 40 tahun ke atas masih ingat akbar Roket (kepunyaan DAP) dan Suara Keadilan yang dijual di tempat awam seperti pasar malam dan kedai kopi.


Pengamal media adalah penting untuk masyarakat demokrasi yang sihat. Mereka adalah semak dan imbang kepada kerajaan. Mereka adalah suara rakyat. Mereka adalah penjaga kebebasan dan demokrasi. Sumbangan pengamal media tidak dapat dinafikan.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan dan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page