top of page

MDEC pemudahcara bangun bakat usahawan, 'frelancer' gig



Oleh: Azuan Ab Rahman


Pembangunan digital telah membawa impak signifikan dalam kehidupan rakyat Malaysia, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.


Melalui satu kenyataan, beliau berkata pendigitalan ekonomi juga mempunyai potensi besar melonjak kedudukan Malaysia selain membuka peluang untuk rakyat terlibat dalam aktiviti ekonomi secara fleksibel dan inovatif yang sekaligus mengembangkan peluang kerjaya dalam sektor keusahawanan dan gig.


"Melalui eUsahawan dan pekerjaan gig, rakyat Malaysia kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk mengembangkan potensi ekonomi mereka sendiri.


"Inisiatif ini turut menyumbang kepada peningkatan daya saing ekonomi negara, seiring dengan transformasi digital yang berterusan.


"Saya percaya, pembangunan digital tidak hanya membuka pintu peluang, tetapi juga memberikan kebebasan kepada setiap lapisan rakyat untuk membabitkan diri secara aktif dalam landskap ekonomi yang semakin berubah," katanya.


Terdahulu, Gobind merasmikan penutupan eUsahawan dan Gig Fest anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Selasa.


Turut hadir ke majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong; Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Datuk Rodzi Md Saad; Pengerusi MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz

Sementara itu tambahnya, pertumbuhan dan kemajuan ekonomi digital Malaysia secara inklusif selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan individu dan perniagaan, yang penting dalam memastikan nadi ekonomi negara terus terjaga.


"Oleh yang demikian, pembangunan bakat usahawan dan 'freelancer' gig melalui pendekatan digital dahulu perlu menjadi keutamaan.


"Gabungan usaha bersama MDEC membangunkan pelbagai program memainkan peranan penting dalam memacu dan memudahcara keusahawanan, selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan bahawa tiada perniagaan yang diabaikan," jelasnya.


Gobind memberitahu, MDEC akan melatih seramai 30,000 usahawan-usahawan mikro dan pelajar-pelajar melalui program eUsahawan pada tahun ini dengan sasaran jualan berjumlah RM35 juta.


"Bagi tahun ini, 100 Hab eUsahawan baru akan diwujudkan di lokasi-lokasi strategik seperti di universiti-universiti serta pusat-pusat komuniti lain di seluruh negara bagi membolehkan usahawan-usahawan tempatan mendapat pendedahan mengenai teknik-teknik pemasaran digital.


"Seterusnya, melalui Program GLOW yang telah digerakkan oleh MDEC sejak 2016, pelaksanaan program GLOW adalah bertujuan membantu mengasah kemahiran dan pengetahuan Rakyat, terutamanya kepada mereka yang diberhentikan kerja; pekerja yang dipotong gaji dan graduan yang menganggur sehingga mereka berjaya menjadi ‘freelancer’ digital di dalam platform tempatan dan antarabangsa," tambahnya melalui kenyataan tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page