top of page

MDEC mahu perluas program JSD di lebih 30 lokasi tahun hadapan



Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyasarkan program Jelajah Saya Digital (JSD) tahun depan akan disertai 40,000 peserta dari seluruh negara.


Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh berkata bagi tahun hadapan, pihaknya menyasarkan untuk mengadakan program itu di lebih 30 lokasi yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar.


"Contohnya di Selangor kita sudah adakan di Sungai Besar serta Sungai Buloh, jadi tahun ini mungkin kita boleh cadangkan Hulu Selangor. Kita mahu penduduk luar bandar juga mendapat manfaat daripada program ini.


"JSD telah dijalankan secara turun padang di 51 lokasi seluruh negara sejak ia mula dilaksanakan dua tahun lalu dan seramai 19,453 rakyat telah mendapat manfaat daripadanya di seluruh negara," katanya.


Syed Ibrahim berkata begitu ketika merasmikan Jelajah Saya Digital@Selangor 2023 di Dewan Dato’ Ahmad Razali di Ampang Jaya pada Ahad.


Pada ucapan itu juga Syed Ibrahim berkata, MDEC menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar rakyat terutama penduduk daripada pelbagai lapisan latar belakang yang berada di luar bandar dan serata negara tidak ketinggalan dalam dunia digital.


"(Pada masa ini) penguasaan kemahiran digital sangat penting kerana ia membantu memudahkan kehidupan seharian di pelbagai peringkat sekali gus memastikan (setiap lapisan masyarakat) ada peluang yang sama untuk menjana pendapatan dan nikmati keselesaan hidup," katanya dipetik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page