top of page

MCMC teliti aduan akaun WhatsApp digodam, disekat

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
1 hour ago
1 min read

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti aduan orang ramai berkaitan akaun WhatsApp yang dilaporkan digodam, disekat atau tidak lagi dapat diakses.


MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah menerima aduan berhubung perkara itu dan mengemukakan kes berkaitan kepada Meta bagi mendapatkan penjelasan serta tindakan sewajarnya.


Menurut MCMC, pengambilalihan akaun atau account compromise dan penyekatan akaun merupakan dua perkara yang berbeza.


MCMC menjelaskan bahawa akaun yang telah diambil alih oleh pihak tidak bertanggungjawab berkemungkinan disalahgunakan untuk tujuan penipuan, spam atau aktiviti lain yang melanggar syarat penggunaan WhatsApp.


Keadaan berkenaan seterusnya boleh menyebabkan akaun tersebut disekat oleh pihak platform.


Sehubungan itu, pengguna yang terjejas dinasihatkan supaya menggunakan saluran rasmi WhatsApp bagi tujuan pemulihan atau semakan akaun.


Pengguna turut diingatkan supaya tidak berkongsi kod pengesahan atau PIN keselamatan dengan mana-mana pihak, selain mengaktifkan ciri Two-Step Verification serta mengelakkan daripada membuka pautan atau menggunakan aplikasi yang mencurigakan.


MCMC turut memberi peringatan kepada orang ramai agar berhati-hati dengan pihak yang menawarkan perkhidmatan pemulihan akaun dengan meminta bayaran, maklumat peribadi atau kod pengesahan.


Sekiranya masalah masih tidak dapat diselesaikan menerusi saluran rasmi WhatsApp, pengguna boleh mengemukakan aduan kepada MCMC untuk tindakan lanjut, termasuk bagi tujuan pengemukaan kes kepada Meta.


MCMC berkata pihaknya akan terus memantau perkembangan perkara berkenaan dan mendapatkan kerjasama pihak platform bagi melindungi kepentingan pengguna.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page