top of page

MCMC siasat penyebar berita palsu penganjuran tilawah Al Quran

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 6, 2024
  • 1 min read


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan siasatan mengenai penyebaran kandungan palsu berkenaan pengajuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa bagi 2024.


Menurut kenyataan MCMC, beberapa orang telah dipanggil untuk diambil kenyataan mengenai kandungan palsu yang dimuat naik di beberapa akaun Facebook.


"Semalam, empat daripada beberapa pemilik akaun Facebook yang disyaki membuat penghantaran kandungan tersebut telah dipanggil untuk siasatan dan rakaman percakapan oleh pihak MCMC


"Semua data yang dimuat naik oleh mereka telah direkodkan sebagai bahan bukti untuk siasatan dan tindakan lanjut," kata kenyataan tersebut.


Menurut kenyataan itu lagi, beberapa individu lain turut akan dipanggil bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.


Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua duanya sekali jika sabit kesalahan.

Komentarze


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page