top of page

MCMC pastikan ekosistem rangkaian internet selamat buat kanak kanak - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 3
  • 1 min read

Datuk Fahmi menggulung menggulung perbahasan Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat hari ini
Datuk Fahmi menggulung menggulung perbahasan Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat hari ini

Oleh: Akmal Manaf


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menetapkan keperluan bagi semua penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial untuk memohon lesen kelas pemberi perkhidmatan aplikasi (ESPC) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bermula 1 Januari 2025 bertujuan memastikan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan lestari khususnya untuk kanak-kanak dan keluarga.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, di bawah kerangka pelesenan itu terdapat Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan perkhidmatan media sosial.


"Kod ini antara lain menggariskan tanggungjawab penyedia perkhidmatan dalam melindungi kanak-kanak dan remaja dari kandungan yang memudaratkan.


"Kerajaan juga telah menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 atau Akta 866 bagi memperkukuh keselamatan dalam talian di Malaysia.


"Akta ini bertujuan untuk mengawal selia kandungan memudaratkan serta menetapkan kewajipan dan obligasi bagi penyedia pemberi perkhidmatan aplikasi, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian yang dilesenkan," katanya ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.


Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, ketika ini MCMC sedang membangunkan 10 perundangan subsidiari di bawah Akta 866 yang akan memperincikan tanggungjawab penyedia perkhidmatan yang dilesenkan dalam mengurus kemudaratan dalam talian.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page