top of page

MCMC pantau penjualan vape di media sosial

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan diarah memantau penjualan rokok eletronik atau vape di media sosial.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kesan buruk akibat penggunaan vape ada dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, terutama berkaitan langkah yang akan diambil oleh Kementerian Kesihatan.


"Hal ini ada dibincang dalam mesyuarat Kabinet. Menteri Kesihatan akan meneliti tetapi pada masa sama saya akan mengarahkan MCMC untuk mengawasi penjualan produk seperti itu dalam talian


"Kita dapati banyak jualan ini berlaku dalam platform seperti Facebook. Ada jual melalui WhatsApp dan sudah pasti tindakan penguatkuasaan akan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kelak," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet, tengah hari tadi.


Isu vape semakin mendapat perhatian apabila kajian mendapati pengguna bahan itu turun menghadapi kesan sampingan sebagaimana risiko ke atas perokok.


Setakat ini dua negeri serius mengambil langkah untuk mengharamkan penjualan vape di premis seperti di Terengganu dan Selangor. Bagaimanapun, penjualan bahan tersebut di internet masih berterusan seperti biasa.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page