top of page

MCMC minta TikTok beri penjelasan platform digunakan rekrut keldai dadah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read
ree

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meminta TikTok memberi penjelasan segera berhubung mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan dalaman platform itu, susulan laporan sindiket merekrut keldai dadah melalui iklan kerja palsu di aplikasi berkenaan.


Menurut MCMC, penjelasan itu penting bagi memahami langkah TikTok mengekang kandungan atau iklan mencurigakan yang disalah guna untuk tujuan jenayah, termasuk memperdaya individu menyeludup dadah keluar negara.


MCMC menegaskan, penyalahgunaan platform dalam talian bagi kegiatan jenayah merupakan kesalahan serius di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Di bawah Seksyen 263(1), pemegang lesen juga bertanggungjawab memastikan rangkaian mereka tidak digunakan bagi tujuan jenayah.


"Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap sebarang tawaran kerja mudah di media sosial, terutamanya yang melibatkan penghantaran barangan atau bagasi ke luar negara.


"Tawaran seperti ini sering digunakan oleh sindiket untuk memperdaya mangsa menjadi keldai dadah," kata suruhanjaya itu.


Menerusi kenyataan tersebut MCMC menyatakan komiten pihaknya untuk terus bekerjasama dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Kastam bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan kesedaran awam terhadap jenayah rentas sempadan.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page