top of page

MCMC, Kementerian Digital digesa pantau kandungan permainan ganas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 30
  • 1 min read

ree

Kerajaan Negeri Selangor bercadang melaksanakan langkah proaktif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pengaruh negatif permainan dalam talian yang menjurus kepada keganasan.


Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan, Mohd Najwan Halimi (gambar) berkata, ia susulan insiden tragis di Batu Pahat, Johor baru-baru ini yang mencederakan seorang kanak-kanak lelaki enam tahun dipercayai akibat pengaruh permainan dalam talian seperti Roblox.


"Selangor memandang serius kejadian itu. Kita akan berbincang dengan persatuan e-sukan bagi meneliti bentuk bantuan dan langkah wajar supaya masyarakat sedar bahaya pengaruh negatif permainan dalam talian," katanya dipetik.


Pada Isnin, seorang seorang kanak-kanak ditemukan dalam keadaan parah selepas leher sebelah kanan dikelar dengan senjata tajam.


Mangsa yang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dilaporkan telah menjalani pembedahan dan kini berada dalam keadaan stabil.


Sementara itu, Mohd Najwan mencadangkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Kementerian Digital supaya menyemak semula kandungan dan perisian permainan berunsur ganas yang mudah dimuat turun ke telefon pintar.


Beliau pada masa sama menasihatkan ibu bapa agar lebih tegas dan peka terhadap aktiviti anak-anak di dunia maya.


"Ibu bapa perlu memainkan peranan memeriksa kandungan telefon anak dan memantau kekerapan mereka bermain," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page