top of page

MCMC bincang dengan Telegram, Meta bendung isu berkait 3R

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 11, 2023
  • 2 min read


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengadakan sesi libat urus dengan hampir semua penyedia platform media sosial dalam usaha membendung jenayah dalam talian dan isu 3R (kaum, agama dan raja) terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.


Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil berkata sesi libat urus termasuk bersama Telegram dan Meta itu bagi memastikan semua penyedia platform media sosial memahami undang-undang yang berkuat kuasa dalam negara.


"Ini adalah sebahagian daripada sesi libat urus biasa bersama kementerian serta Telegram, Meta dan hampir semua pengendali platform media sosial.


"Dari segi penguatkuasaan berhubung isu 3R, kita serahkan kepada polis untuk mengambil apa sahaja tindakan yang perlu," katanya dalam sidang media selepas melancarkan "Horizon" di Kuala Lumpur pada Isnin.


Pada sidang media itu, Fahmi turut menegaskan, selepas ini siasatan terhadap sebarang isu termasuk 3R akan dilakukan tanpa rasa takut dan pilih kasih.


"Sebagai contoh, laporan polis telah dibuat sama ada mengenai kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng atau Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang.


"Polis akan bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih dan sesiapa sahaja yang mungkin berpotensi melanggar (undang-undang dalam negara). Apa sahaja undang-undang dalam negara yang ada, maka siasatan akan dilakukan," tambahnya.


Media sebelum ini melaporkan siasatan dijalankan terhadap Lim yang juga bekas Menteri Kewangan berhubung kenyataan yang dipercayai menyentuh isu 3R (Rulers, Religion, Race)


Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas turut disiasat berhubung satu hantaran di akaun Facebook bertajuk Minda Presiden Pas, pada Sabtu lalu.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan itu susulan hantaran mengandungi kenyataan yang berunsur perkauman dan boleh mencetus kegusaran awam.


Sementara itu ketika mengulas mengenai pelancaran 'Horizon' Fahmi menjelaskan ia merupakan platform penerbitan ekonomi digital yang diterbitkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebagai rujukan kepada pemegang taruh ekonomi digital tempatan dan antarabangsa.


Penerbitan ekonomi digital itu juga akan memberi fokus terhadap input dam trend pertumbuhan sektor ekonomi digital Malaysia, sekali gus mampu menarik minat para pelabur.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page