top of page

MCMC bincang bersama syarikat Meta kekang berita palsu



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan pertemuan dengan syarikat Meta susulan penularan berita palsu di Facebook.


Menterinya Fahmi Fadzil berkata, berita palsu kononnya penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2024 dibatalkan itu dilihat boleh memberi salah faham terhadap kerajaan.


"Minggu depan saya dan MCMC akan adakan pertemuan Meta dan kita akan bangkitkan pihak Meta bahawa platformnya diperalat untuk memesongkan fakta dan berita palsu.


"Kita memandang serius dan sekiranya Meta gagal untuk berikan kerjasama (akan) ada beberapa tindakan yang diambil," katanya dalam sidang media pasca mesyuarat kabinet, hari ini.


Jelasnya, penularan yang bermula sejak semalam itu dilakukan secara tersusun dan kini berita palsu itu telah mencecah lebih daripada 1,800 perkongsian di Facebook.


"Saya telah mengarah pihak MCMC mengenal pasti semua yang terlibat dalam operasi tersebut dan kita akan ambil tindakan tegas memandangkan ada pihak tertentu cuba memesongkan fakta," ujarnya.


Untuk rekod, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan dijangka bermula pada 23 Mei hingga 28 Mei depan.


Dalam pada itu, Pahang dipilih menjadi tuan rumah anjuran tahunan itu dengan kerjasama bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page