top of page

MCA turunkan dahulu harga barang sebelum beri diskaun 50% rumah Selangorku



MCA Selangor dinasihatkan agar menghentikan retorik mahu memberi diskaun 50% harga rumah Selangorku sekiranya BN menang di Selangor dalam pilihan raya akan datang.


Menurut Setiausaha KEADILAN Cabang Kota Raja, Danish Hairudin, MCA perlu mencermin diri dan bertindak untuk menurunkan harga barang keperluan yang berada dalam bidang kuasa Kerajaan Persektuan terlebih dahulu sebelum mahu memberi tawaran di negeri ditadbir Pakatan Harapan (PH).


"Behentilah retorik. Laksanakan dahulu penurunan 50% harga barangan asas di peringkat Persekutuan sebelum beretorik menabur janji.


"MCA yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan hari ini sepatutnya mendesak untuk segera menangani inflasi dan menurunkan harga barang makanan asas," katanya.


Bagi Danish, Ketua MCA Selangor, Ng Chok Sin tidak berpijak dibumi nyata apabila mencadangkan harga rumah mampu milik yang dibina di bawah program Kerajaan Negeri dikurangkan daripada RM250,000 kepada RM125,000 jika Barisan Nasional berjaya merampas negeri itu dalam pilihan raya ini.


Katanya, rakyat Selangor masih ingat sepanjang pemerintahan BN di Selangor sebelum 2008 masalah perumahan tidak pernah selesai sehinggalah kerajaan PH memerintah dan melancarkan projek perumahan Selangorku.


"Suka untuk saya inggatkan bahawa projek rumah mampu milik Kerajaan Negeri Selangor antara Projek Perumahan Mampu Milik di Malaysia yang merangkumi semua golongan bermula daripada berpendapatan rendah hingga pertengahan. Harga rumah bermula daripada harga RM42,000 hingga RM250,000.


"MCA dan Barisan Nasional telah memerintah Selangor sebelum ini bukan sahaja gagal memberi diskaun 50% kepada rakyat malah gagal membina rumah mampu milik. Kembalilah kepada realiti bahawasanya MCA dan Barisan Nasional telah ditolak secara total oleh rakyat Selangor sejak tahun 2008," katanya.


Tegas Danish, sebaik baiknya sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 ini Ketua MCA Selangor, Ng Chok Sin berusaha mendesak kerajaan BN - PN menurunkan harga barang bagi mengelakkan rakyat terus mencatu makanan akibat harga barangan asas yang melonjak naik tanpa kawalan.


Katanya, rakyat Selangor tidak akan pernah lupa dan sentiasa menjadikan pengajaran bagaimana selama lebih 50 tahun MCA dan Barisan Nasional mentadbir Negeri Selangor dan menarah segala hasil negeri demi kepentingan peribadi semata-mata.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page