top of page

MBPP bakal naik taraf kemudahan rekrasi Taman Kejiranan Desa Bestari

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 25, 2024
  • 1 min read

ree

Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Uban, A Kumaresan berpuas hati dengan pembentangan arkitek kanan Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Pn Norezan berkenaan cadangan projek menaiktaraf Taman Kejiranan Desa Bestari, Batu Uban sebagaimana diminta.

ree
Sesi pembentangan projek di pejabat ADUN Batu Uban

Menurut Kumaresan, cadangan projek itu akan meliputi pembinaan kawasan dataran, alatan permainan outdoor, lampu dan juga lain-lain komponen yang bersesuaian.


"Saya telah minta MBPP untuk mendapatkan input atau maklum balas daripada penduduk (stakeholders) kerana mereka adalah pengguna utama.


"Projek dijangka siap dalam tempoh 4-6 bulan setelah mendapat respon daripada stakeholders. Setelah projek ini siap 3 kawasan perumahan yang terdapat di sekeliling ini akan mendapat manfaat.


"Projek sebegini akan diluaskan lagi di kawasan- kawasan lain di sekitar Kadun Batu Uban. Ini adalah matlamat saya untuk mewujudkan tempat hijau, beriadah dan selamat untuk komuniti setempat," katanya.


Turut hadir dalam pertemuan itu adalah Ahli Majlis MBPP Cikgu Chan, MPKK Batu Uban dan wakil daripada Blok 38 Century serta Desa Bestari Blok A & B.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page