top of page

MBI peruntukkan RM20 juta setahun bantu rakyat - Amirudin



Rakyat di negeri Selangor boleh disifatkan sebagai paling beruntung kerana pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Negeri bagi memastikan kebajikan dan kemakmuran mereka terbela.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan badan pengurusan eset dan pelaburan Kerajaan Negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukkan lebih RM20 juta setahun bagi tujuan kebajikan itu.


Menurutnya, sebahagian besar perbelanjaan itu digunakan untuk menangani isu seperti bencana yang memerlukan bantuan mendesak.


"(Selangor) negeri yang kaya, aktiviti banyak, manusia juga ramai jadi kalau berlaku bencana akan menimpa masalah kepada ramai.


"Jadi kita kena sentiasa bersedia dan cuba menjadi sebuah negeri tahan uji dalam (menghadapi) pelbagai rintangan dan cabaran," katanya.


Naib Presiden KEADILAN itu berkata demikian pada majlis penyerahan bantuan kepada 36 mangsa ribut sekitar Sepang di Dewan Komuniti Pulau Meranti semalam.


Pada 8 April lalu, lebih 20 lokasi di sekitar Kampung Pulau Meranti, Taman Putra Perdana dan Pangsapuri Angsana di Sepang, terjejas akibat ribut.


Kejadian kira-kira 4.30 petang itu menyebabkan beberapa infrastruktur awam, masjid, surau, premis perniagaan dan rumah penduduk turut mengalami kerosakan.

Sementara itu tambah Amirudin, Kerajaan Negeri sentiasa bersedia membantu rakyat terutama ketika berlaku bencana yang memerlukan bantuan mendesak.


"Pastinya kalau berlaku (bencana) di Selangor Kerajaan Negeri akan cuba untuk menyerap kesan itu bersama-sama dengan penduduk.


"Kita tidak membiarkan penduduk menangani hal ini secara berseorangan tetapi kita cuba memastikan semua terutama yang perlu dibantu di peringkat awal kita bantu segera," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page