top of page

MB teruskan mandat rakyat, kekalkan Selangor harmoni, sejahtera

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 21, 2023
  • 1 min read


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor merakamkan tahniah di atas pelantikan semula Ahli Dewan Negeri Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar buat penggal kedua.


Menurut Yang Dipertua ABIM Negeri Selangor, Ustaz Muhammad Iqbal Hakim Saiful Affandee, pelantikan itu diharap akan dapat memacu pertumbuhan ekonomi Selangor di samping menjadikan negeri itu mengekalkan keselesaaan dari segi sosio ekonomi dan juga keharmonian hubungan antara kaum.


"Semoga dengan pelantikan ini, YAB dapat terus memacu perkembangan ekonomi negeri dengan lebih pesat seiring dengan pencapaian dan sumbangan prestasi ekonomi kepada nasional yang telah dicapai pada penggal sebelum ini.


"Harapan besar mewakili seluruh kepimpinan dan suara akar umbi ABIM Selangor agar Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Amirudin Shari dapat meneruskan segala dasar dan program kebajikan yang berorientasikan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, ABIM Selangor juga berharap Kerajaan Perpaduan Selangor dapat meneruskan keterbukaan serta bersikap inklusif dengan pelbagai pihak untuk menyumbang ke arah tatakelola negeri yang lebih baik.


"Justeru, ABIM Selangor atas kapasiti sebagai pertubuhan belia bersedia menawarkan jalinan kerjasama dalam bidang pembangunan belia dan generasi muda serta agenda kesepaduan sosial (social cohesion) dalam kalangan masyarakat di Selangor," katanya lagi.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page