top of page

MB Terengganu tak perihatin kesusahan mangsa banjir - Raja Kamarul Bahrin



Mantan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin menempelak sikap Menteri Besar (MB)Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar yang “hilang” ketika rakyatnya berdepan bah besar.


Beliau turut mempersoalkan tindakan Naib Presiden Pas itu bercuti ke luar negara ketika semua pihak sudah dimaklumkan lebih awal risiko banjir termasuk menjadi isu besar dalam kempen Pilihan Raya Umum ke 15 bulan lalu.


Lebih teruk tegasnya, Ahmad Samsuri yang merupakan Pengerusi Pengurusan Bencana Negeri tidak wajar meninggalkan urusan mengurus banjir kepada Exco Kerajaan Negeri kerana mereka mempunyai kuasa terhad sedangkan dengan kedudukan Ahmad Samsuri, dia mempunyai lebih kuasa untuk meminta bantuan dari Kerajaan Persekutuan.


"Kita dah tahu banjir kali ni akan jadi lebih teruk, dah ramal dah luar biasa dan semua pegawai kanan kerajaan cuti mereka dibeku tetapi Menteri Besar, ketua Kerajaan Negeri macam mana dia boleh ke Auckland. Pergi 11 Disember dan balik 22 Disember, kami semua tahu butiran dia," tegasnya.


Ahmad Samsuri sebelum ini didakwa bercuti bersama keluarga di Auckland, New Zealand ketika banjir besar melanda negeri di bawah pentadbirannya.


Aktivis UMNO, Lokman Noor Adam pula mendakwa Ahmad Samsuri dan isterinya berlepas ke Auckland pada 11 Dis lalu dan hanya dijangka pulang pada Khamis (22 Dis) berdasarkan maklumat diperolehi beliau.


Sementara itu menurut Raja Kamarul, beliau menyifatkan Samsuri hanya menganggap kejadian bah kali ini sebagai biasa ketika ramai yang menganggapnya sebagai luar biasa dan sepatutnya MB pulang awal.


“Bukan jauh sangat New Zealand balik ke Malaysia, boleh pendekkan lawatan dan ambil penerbangan balik terus. Hanya mahu dengan tidak saja


“Pada kita dan orang di luar sana, musibah ini luar biasa tetapi pada MB Terengganu ini perkara biasa,” kata Ketua Amanah Terengganu itu.


Setakat semalam, seramai 40,889 mangsa daripada 11,360 keluarga di Terengganu ditempatkan di 298 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan 11,360 keluarga.


Hampir 1,600 mangsa yang ditempatkan di 15 PPS terpaksa dipindahkan semula ke lokasi lain selepas PPS yang menempatkan mereka dinaiki air.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page