MB Selangor ucap tahniah Skuad Harimau Malaya berjaya ke Piala Asia



Kejayaan pasukan bolasepak Malaysia Skuad Harimau Malaya menewaskan Bangladesh, sekali gus menempah tiket ke kejohanan bolasepak Piala Asia 2023 amat mengharumkan nama negara.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengucapkan tahniah dan syabas kepada Skuad Harimau Malaya yang berjaya mengakhiri kemarau selama 4 dekad melayakkan diri ke kejohanan bola sepak paling berprestij di Asia itu


"Alhamdulillah, Skuad Harimau Malaya berjaya menempah slot ke Piala Asia 2023! Kali terakhir kita berjaya melakukannya secara merit ketika edisi 1980.


"Tahniah pasukan bola sepak Malaysia dan tidak lupa para penyokong yang setia mengumandangkan sorakan semangat," katanya.


Skuad Malaysia berjaya membenam Bangladesh 4 -1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi dalam perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia.


Kemenangan yang disaksikan 52,964 penonton itu, membolehkan pasukan negara mengumpul keseluruhan enam mata untuk menamatkan kempen kelayakan di kedudukan kedua di belakang Bahrain, sekali gus mengesahkan kemaraan ke Piala Asia 2023

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER