top of page

MB Selangor tumpu laksana 5 tawaran dalam 100 hari


Oleh: Abdullah Zaid


Lima tawaran manifesto 'Tawaran Kita Selangor' menjadi tumpuan untuk dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan dan BN dalam tempoh 100 hari pasca Pilihan Raya Negeri.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata demikian dalam ucaptama beliau di majlis pengumuman portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, tengah hari tadi.


Menurutnya, ikhtiar tersebut akan segera dilaksanakan selewat-lewatnya pada Disember tahun ini.

 

"Pertama, Kerajaan Negeri menghargai wanita bekerja dengan pemberian RM1,000 kepada 5,000 wanita bagi mengurangkan kos penjagaan anak-anak.

 

"Kedua, melaksanakan pengecualian cukai pintu untuk rumah kampung dan rumah kos rendah.

 

"Ketiga, RM1,000 mahasiswa Negeri Selangor akan terima baucar buku Kita Selangor bernilai RM 200


"Keempat, menaikkan elaun Imam, Bilal, Siak dan Nazir serta kelima Insentif Pertanian dan Perikanan Kita Selangor sebanyak RM 1000 kepada 500 golongan terbabit," katanya.


Selain itu, Amiruddin yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua komited untuk mengupayakan ekonomi Selangor di peringkat yang lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain.


Katanya, tekad negeri itu bukan sahaja mahu mempunyai keupayaan ekonomi besar tetapi juga boleh menyediakan peluang pekerjaan yang bergaji tinggi.


"Kita bukan sahaja mahu memberi sumbangan KDNK paling tinggi, tetapi menelusuri solusi kepada perubahan iklim, khususnya banjir.


"Selain itu, kita bukan sahaja mahu berjaya membuka wilayah ekonomi baharu, tetapi menjadikan pentadbiran ini berpaksikan rakyat," ujarnya.


Justeru, Amiruddin berharap agar lima tekad yang diumumkan itu menjadi pegangan 11 Exco yang dilantik agar ikhtiar tersebut dapat direalisasikan.


"Saya berharap agar kita bersama-sama terus mempertahankan prinsip dan nilai yang membina buat negeri ini, serta memelihara kerencaman dan kepelbagaian negeri yang sebenarnya menjadi tonggak kekuatan kita bersama," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page