top of page

MB Selangor titip doa untuk rakyat Malaysia dari Arafah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 17, 2024
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri Besar Selangor yang kini sedang menunaikan fardhu haji menitipkan doa buat rakyat Malaysia ketika berada di Arafah.


Melalui rakaman video di laman Facebooknya, Datuk Seri Amirudin Shari mendoakan kesejahteraan dan keselamatan untuk seluruh rakyat khususnya warga Selangor.


Beliau turut mendoakan agar Selangor dan Malaysia terus dilimpahkan keamanan dan kemakmuran selain turut mendoakan perpaduan dan kesatuan dalam kalangan rakyat terus utuh bagi menempuhi cabaran mendatang.


"Kira-kira jam 2.50 petang di bumi Arafah saya dan juga jutaan umat Islam baru selesai aktiviti, berdoa, bermunajat sempena dengan rukun utama menunaikan haji iaitu berwukuf di Arafah.


"Ini adalah waktu yang paling mustajab berdoa dan dalam doa tadi saya panjatkan selain daripada kesejahteraan secara peribadi untuk diri dan keluarga serta sahabat.


"Saya turut memanjatkan doa kepada Allah agar bumi Selangor dan Malaysia dilimpahkan keamanan, kedamaian, kemakmuran, dijamin perpaduan dan juga kesatuan rakyatnya dalam menempuhi cabaran mendatang," katanya dalam rakaman tersebut.


Amirudin sementara itu turut memberitahu, beliau sangat terkesan dengan keadaan pemain sayap Selangor FC Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid baru-baru ini.


Katanya, beliau mendoakan Faisal akan segera sembuh dan mendapat keadilan untuknya akan dapat ditegakkan.


"Saya berdoa agar keadilan dapat ditegakkan khusus untuk Faisal dan keluarganya. Semoga beliau segera sembuh untuk menjaga keluarganya dan tidak ketinggalan untuk meneruskan karier selaku pemain bola sepak Malaysia dan Selangor," kata sambil mengucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page