top of page

MB Selangor terkejut PKPB melibatkan seluruh negeri



Tindakan Kerajaan Persekutuan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor mengejutkan pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.


Menurut Amirudin, dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM) dan lain-lain agensi untuk pelaksanaan semalam, beliau diberitahu hanya empat daerah yang mempunyai bilangan kes tinggi, selain daerah Petaling yang akan dikenakan PKPB.


"Pengumuman PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya oleh Menteri Kanan Pertahanan memang agak mengejutkan Kerajaan Negeri kerana keputusan mesyuarat tadi (semalam) menunjukkan hanya Klang, Gombak, Hulu Langat dan sebahagian Petaling yang mempunyai

bilangan kes membimbangkan.


"Perlu dinyatakan di sini bahawa sehingga hari ini, secara konsensus Kerajaan Negeri melihat ada beberapa cadangan-cadangan tertentu yang boleh dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dipertimbangkan," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, kata Amirudin, Kerajaan Negeri Selangor akan menghantar maklum balas segera kepada MKN agar mempertimbangkan menarik balik pengumuman PKPB seluruh negeri.


Katanya, terdapat kawasan zon hijau dan kuning di beberapa daerah yang tidak sewajarnya dikenakan PKPB.


"Kerajaan Negeri berpandangan bahawa beberapa kawasan yang masih dikategorikan zon hijau dan kuning seperti Sabak Bernam dan Kuala Selangor adalah masih terkawal. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan menghantar cadangan balas kepada pihak MKN segera agar dapat diberi pertimbangan semula.


"Kerajaan Negeri berharap semua pihak bersedia dengan perubahan ini agar sama -sama kita berjaya mengawal penularan wabak Covid-19.


"Kerajaan Negeri juga sangat menghargai komunikasi krisis yang lebih efektif dan konklusif melibatkan semua pihak agar sebarang ketetapan yang diambil tidak menghasilkan sebarang ketidaktentuan pelaksanaan yang akan memberi impak kepada petugas barisan hadapan, rakyat dan lebih-lebih lagi pengusaha industri kecil serta sederhana," katanya.


PKPB dilaksanakan di Seluruh Selangor bermula selepas tengah malam ini sehingga 27 Oktober. Sekatan dikenakan pada perjalanan merentas daerah. Bagaimanapun kegiatan ekonomi dibenarkan terus beroperasi dan pekerja perlu mendapatkan surat perjalanan dari majikan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page