MB Selangor sumbangkan tawaran belajar RM40,000 kepada pelajar terbaik



Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari petang tadi menyerahkan sumbangan pendidikan tajaan Yayasan Selangor kepada Putera Aiman Abdul Rashid, pelajar cemerlang semester terakhir jurusan CAT (Certified Accounting Technician) UITM, Shah-Alam.


Menurutnya, Putera Aiman merupakan antara 10 pelajar terbaik dunia dalam peperiksaan ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) pada Disember 2020 lalu.


"Petang ini selain menyampaikan Skim Mesra Usia Emas di DUN Sungai Tua, saya berkesempatan ziarah keluarga putera Aiman yang menjadi pelajar terbaik perakaunan peperiksaan yang baharu ini.


"Dia adalah warga DUN Sungai Tua, merupakan pelajar pintar yang wajar diberikan penghargaan. Hari ini saya bersamaYayasan Selangor menyampaikan tawaran kepada Aiman untuk melanjutkan pelajaran dengan nilai RM40,000


"Kita juga meneliti apakah lagi bentuk sokongan yang patut diberikan pada masa depan," katanya selepas memberikan sumbangan tajaan melanjutkan pelajaran ini," katanya.


Sementara itu, Putera Aiman ketika memberikan petua kejayaannya berkata, semua pelajar boleh berjaya sekiranya mereka berusaha kuat tanpa mengenal jemu.


"Mesej yang saya nak beri kepada pelajar di luar sana adalah kejayaan ada di mana-mana, kena cari dan jangan berputus asa. Lain orang, lain caranya, semuanya boleh. Saya pun bukan pelajar asrama. Hanya pelajar sekolah menengah biasa. Kalau saya boleh anda pun boleh.


"Jadual belajar saya tak ada yang khusus. Cuma kena kenalpasti di mana subjek yang lemah. Yang itu diberi banyak masa (ulang kaji)," katanya.


Selain itu, program MB Selangor yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri Sungai Tua turut menyampaikan bantuan Bingkisan Selangor kepada pemandu bas sekolah, teksi dan sebagainya.


Amirudin juga menyampaikan bantuan Skim Mesra Usia Emas kepada individu terpilih.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER