Menteri Besar (MB) Selangor yang juga calon DUN Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari menyeru agar pengundi menunaikan tanggungjawab masing masing.
Katanya, suasana keluar mengundi agak kurang memberansangkan berbanding Pilihan Raya Umum ke 15 lalu.
Oleh itu beliau berharap pengundi akan keluar lebih banyak pada sebelah petang.
"Memang kehadiran (kurang). Mungkin orang keluar pada waktu petang tetapi saya harap keluar cepat sebab kita bimbang mungkin cuaca kurang menyebelahi. Takut hujan.
"Selepas jam 10, kita kurang 1% berbanding tahun 2022," katanya kepada Suara Keadilan ketika meninjau di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Sungai Tua, Gombak pagi tadi.
Bagaimanapun beliau berpuas hati suasana mengundi berjalan lancar.
"Nampak lancar tetapi masih tidak sesak seperti tahun sebelum ini. Yang belum turun saya minta turun beramai ramai," katanya.
Ditanya peluang mengekalkan kerajaan Pakatan Harapan Selangor, Amirudin yakin rakyat akan memberi sokongan dan Kerajaan Perpaduan akan kembali memerintah selepas hari ini.
Comentários