top of page

MB Selangor seru anak negeri pulang berbakti di tanah air

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 27
  • 1 min read

DS Amirudin berucap dalam majlis Makan Malam Bersama Pelajar & Diaspora Malaysia Di Beijing
DS Amirudin berucap dalam majlis Makan Malam Bersama Pelajar & Diaspora Malaysia Di Beijing

Anak-anak Selangor di luar negara diseru supaya segera pulang selepas menamatkan pengajian untuk menabur bakti dan membantu memacu pertumbuhan negeri.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menzahirkan harapan itu ketika berucap pada majlis Makan Malam Bersama Pelajar & Diaspora Malaysia Di Beijing sempena lawatan rasminya ke China.

"Negeri ini (Selangor) memerlukan kepakaran dan bakat baharu untuk memperkukuh ekonomi, membina infrastruktur bertaraf dunia dan melahirkan ekosistem pelaburan mesra teknologi. Anak-anak Selangor adalah aset utama untuk memastikan negeri terus menjadi nadi pertumbuhan negara.


"Saya menggesa supaya segera pulang selepas menamatkan pengajian agar dapat menyumbang kepakaran di tanah air," katanya dipetik.


Acara itu dihadiri 100 mahasiswa Malaysia, khususnya anak Selangor, bersama wakil kedutaan, komuniti perniagaan dan rakan strategik yang menetap di China.


Dalam sesi perkongsian di majlis tersebut,Amirudin turut menekankan aspirasi Malaysia menjelang usia 100 tahun pada 2057 dan peranan Selangor sebagai nadi pertumbuhan negara.


Katanya, melalui RS-1 dan RS-2, tumpuan diberikan kepada pembangunan ekonomi berimpak tinggi, infrastruktur bertaraf dunia, ekosistem pelaburan mesra teknologi, serta pengukuhan bakat tempatan.

"Semoga semua terus maju di bidang masing-masing dan akhirnya pulang ke tanah air untuk berbakti," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page