top of page

MB Selangor redah banjir selamatkan penduduk di SK Sri Muda

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Dec 20, 2021
1 min read


Kelembapan Kerajaan Persekutuan menurunkan aset penting dan pasukan keselamatan untuk membantu pemindahan mangsa banjir yang terperangkap di sebuah sekolah di DUN Seri Muda menyebabkan Menteri Besar (MB) Selangor terpaksa turun sendiri menyelamatkan mangsa.


MB Datuk Seri Amirudin Shari dalam catatannya di Twitter berkata, beliau sendiri terlibat dalam operasi menyelamat di sebuah sekolah kebangsaan yang putus bekalan elektrik dan kekurangan bekalan makanan


MB mendukung bayi untuk diberikan kepada petugas di dalam bot penyelamat

Terlihat dalam satu video klip, Amirudin meredah banjir separas pinggang menyelamatkan seorang bayi dari ibu muda berketurunan India yang terperangkap di sekolah berkenaan, dan membawa bayi itu ke dalam bot penyelamat.


"Saya berada di SK Taman Sri Muda selama 4 jam membantu mengeluarkan mangsa yang terkandas antaranya sebuah keluarga yang mempunyai anak yang baru lahir serta warga emas.


"Proses penyelamatan akan diteruskan malam ini bagi mengeluarkan semua mangsa yang terkandas," katanya.


Menurut Amirudin yang tiba pada pukul 5 petang, terdapat 1,600 mangsa banjir di situ dan beliau bersama mereka sehingga jam 8.00 malam.


"Masa saya keluar (menggunakan bot) saya bawa 4 orang lagi termasuk seorang yang sakit jantung dan sudah kehabisan ubat," katanya.


MB bertanya mengenai bantuan kecemasan kepada mangsa banjir yang terperangkap

Kawasan perumahan Seri Muda paling terjejas akibat banjir yang menenggelamkan rumah ke paras bumbung oleh kerana lokasinya terletak bersebelahan Sungai Kelang.


Kawasan itu juga tidak dapat diredah menggunakan kenderaan berat melainkan menggunakan bot. Bagaimanapun pasukan keselamatan yang memilikki aset penting berkenaan tidak dikerahkan segera ke tempat bencana.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page