top of page

MB Selangor pangku portfolio Exco Haniza Talha



Teka teki berhubung kedudukan bekas Ketua Wanita KEADILAN yang dipecat Haniza Talha dalam Kerajaan Negeri Selangor terjawab.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, hari ini mengumumkan kedudukan Haniza sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tamat pada 10 Julai 2020.


Dalam kenyataannya, Amirudin berkata, sebarang program berkaitan portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar ditangguhkan buat sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak.


"Hari ini adalah hari terakhir Yang Berhormat Puan Hajah Haniza Mohamed Talha berkhidmat sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar .


"MMKN telah bermesyuarat pada hari Rabu, 8 Julai yang lepas berkenaan status Haniza Mohamed Talha bersesuaian dengan keputusan Parti Keadilan Rakyat berkenaan pelucutan keanggotaan beliau.


"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah memberi perkenan berkenaan hal ini dalam majlis sembah maklum yang diadakan pada hari Khamis, 9 Julai 2020," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam kenyataan itu juga Menteri Besar Selangor mengucapkan terima kasih atas sumbangan Haniza sebagai Exco sejak 2018 lalu.


Haniza, ADUN Adun Lembah Jaya digugur keahlian KEADILAN pada 29 Jun lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page