top of page

MB Selangor nafi tiada persdiaan awal hadapi banjir

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 21, 2021
  • 2 min read


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan lemahnya persiapan banjir Kerajaan Negeri menyebabkan operasi evakuasi mangsa amat lembab sehinggalah keadaan menjadi meruncing.


Katanya, persediaan di peringkat negeri dan daerah telah dilakukan sejak bulan November berikutan hampir tibanya musim tengkujuh


Namun, kata beliau, taburan hujan yang luar biasa pada 17, 18 dan 19 Disember menyebabkan persediaan yang dilakukan tidak dapat menampung skala bencana yang begitu besar.


"Pada November kita telah membuat persiapan, pengerusi bencana alam diketuai oleh Pegawai Daerah, ini proses normal oleh pegawai kami terutama menjelang bulan November atau Disember.


"Kadar hujan yang dicatatkan itu (pada 3 hari menyamai) kadar sebulan, hujan turun dalam sehari. Bulan November sekitar 200mm ke 300 mm (sebulan), pada 17 Disember hujan 300mm dalam masa 24 jam. Sebab itu saya arahkan mereka siap sedia tetapi kerja sebulan datang dalam tempoh sehari.


"Apa yang berlaku pada 18 Disember, saya telah panggil koordinasi. Kita gerakkan semua jentera yang kita ada. PBT, Pejabat Daerah, JKR untuk keluarkan orang (mangsa) dengan anggapan jumlah hujan turun luar biasa. Pada pukul 8.00 malam (18 Disember), saya telah menelefon Perdana Menteri mengharapkan semua aset dan sokongan Persekutuan yang ada untuk digunakan. Pada ketika itu PM memaklumkan ia di bawah kelolaan Nadma.


"Saya tweet 8.56 malam dan saya berhubung dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengenai keperluan mengerakkan aset tentera (sesegera mungkin)," katanya dalam sidang media, petang tadi.


Menurut MB lagi, arahan hanya dilaksanakan selepas beliau bertemu Perdana Menteri yang melakukan lawatan di sebuah sekolah di kawasan Johan Setia pada 19 Disember dan baharulah persiapan berskala besar dilakukan bersama agensi Persekutuan.


Bagaimanapun, keadaan telah menjadi kelam kabut kerana begitu banyak kawasan telah pun ditenggelami banjir


"Kalau saya nak jawab pelarasan telah berlaku pada November untuk taburan hujan satu bulan, malangnya pada 16 Disember kita lihat taburan meningkat dan kita tambah usaha pada 18 Disember untuk bersedia. Namun esoknya saya dapat angka taburan hujan 400mm di Kelang dan itu memang tidak pernah dicatat. Kita mengulangi angka (banjir besar) 1971 dan mungkin 1995.


"Insfrastruktur kita memang tidak mampu (menampung air sebegitu banyak), semua projek (tebatan banjir) kita untuk taburan hujan 100mm. Sebab itu mentaliti kita pada kadar hujan 60 - 100mm. Pada ketika sama pula fenomena air pasang besar sekitar 4.5 meter.


"Kerana itu pintu air (ke laut) kita terpaksa tutup. Kalau tidak limbahan air laut akan menerjah ke daratan dan mungkin Shah Alam atau kawasan sekitar akan lebih parah.


"Bila penurunan air pasang berlaku pada 19 Disember, kita melihat penyusutan paras banjir," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page