top of page

MB Selangor nafi terima bayaran dari sindiket judi haram



Tohmahan kononnya kepimpinan tertinggi di Selangor menerima bayaran bulanan dari sindiket judi haram dinafikan sekeras-kerasnya.


Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan beliau tidak pernah mengambil apa-apa bentuk wang 'suapan' dari sidiket perjudian.


"Berhubung tuduhan mengaitkan saya menerima bayaran bulanan dari sindiket judi haram, saya menafikan dakwaan ini yang tidak mempunyai asas sama sekali.


"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut," kata Amirudin di Twitter rasmi beliau semalam.


Sebelum ini, pemilik akaun Twitter @edisi_siasatmy cuba mengaitkan MB Selangor dan beberapa pegawai tinggi Kerajaan Persekutuan terlibat menerima wang bayaran bagi melindungi sindiket perjudian haram di negeri berkenaan.


Bagaimanapun, pemilik akaun Twitter berkenaan jahil terhadap kuasa negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan dalam hal jenayah yang terhad, dan kuasa lebih besar melibatkan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan.


Dalam amalan biasa, MB negeri pembangkang mustahil boleh melindungi kegiatan jenayah kerana akan segera disiasat oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang berada di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan dari parti lawan.


Dakwaan tersebut mungkin relevan sekiranya Kerajaan Persekutuan dan Negeri ditadbir oleh gabungan parti yang sama.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page