top of page

MB Selangor, Menteri Wilayah runding sempadan, had penguatkuasaan



Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa petang tadi bertemu dalam satu rundingan memperincikan sempadan negeri dan had penguatkuasaan yang lebih sistematik bagi pihak berkuasa kerajaan masing masing.


Menurut Amirudin, pertemuan tersebut juga melibatkan beberapa jabatan yang penting seperti tanah dan galian, lembaga urus air dan sebagainya bagi menentukan had kuasa pentadbiran.


"Isu pokok ialah persempadanan Kuala Lumpur dan Selangor yang timeline kita akan muktamadkan menjelang 2025.


"Menjelang tarikh tersebut akan ada beberapa urusan yang kita perlu muktamadkan melibatkan persempadanan.


"Berdasarkan pengalaman yang lepas, persempadanan KL dengan Selangor agak rumit kerana melibatkan premis dan kawasan yang tepu bina, berbanding kawasan hutan atau kawasan pertanian yang kita pernah tandatangani dengan Pahang dan Negeri Sembilan," katanya.


Pertemuan itu, kata Amirudin, juga membincangkan projek dan kawalan air melibatkan Sungai Klang yang merupakan penerusan kepada perbincangan lepas melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan kedua dua negeri dan wilayah.


"Kita bincangkan dalam pertemuan lepas, dan ada perkara detail melibatkan tadbir urus KL dan juga pihak PBT, khususnya selepas tandatangan dibuat berkenaan penyelenggaraan yang kita muktamadkan sebagai lokaliti KL dan Selangor supaya tidak berlaku pertindanan atau loophole, ruang tidak dipedulikan. Perlu ada pembahagian yang jelas


"Kita ada beberapa asas (dalam rundingan) melibatkan (perjanjian) penyerahan KL. Jadi kena tengok balik kepada asas dan perjanjian lepas. Sebab ini penting kawasan sempadan (ditetapkan)," katanya.


Selain perundingan dengan Wilayah Persekutuan, kata Amirudin, beliau juga melakukan hal serupa dengan Negeri Sembilan dan Pahang sebelum ini.


Cuma, katanya, perundingan dengan Wilayah Persekutuan lebih mudah kerana melibatkan perjanjian yang lebih moden pada 1960an atau pada tahun 2000 dalam penyerahan Putrajaya.


"Namun kedaulatan setiap inci tempat itu akan kita pelihara.


"Tetapi kita tengok juga teknikaliti. Kalau satu rumah dibahagi dua, itu tak akan terjadi. Tak kan rumah nak bayar dua cukai. Itu benda agak rumit. Melibatkan sempadan kejiranan (kawasan perumahan) dan premis komersial serta persendirian," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page