top of page

MB Selangor lawat keluarga terlibat kebakaran di Gombak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 3, 2023
  • 2 min read


Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meluangkan masa melawat pasangan suami isteri yang kehilangan dua anak mereka dalam kebakaran rumah teres di Kampung Tanggut, Gombak bagi menyampaikan ucapan takziah.


Pada pertemuan malam tadi, suasana bertukar hiba apabila ibu mangsa Natasha Hilman Luqman, 30, menangis disusuli suaminya ketika menceritakan kejadian berkenaan.


"Saya tak sangka. Allah ambil dua-dua anak. Saya dan suami keluar, tidak sampai setengah jam jiran hubungi kata rumah habis terbakar," katanya teresak-esak sambil memegang tangan suaminya, Muhammad Faizan Kambali, 31.


Difahamkan mereka kini tinggal sementara di rumah keluarga di Kampung Changkat kerana Natasha sedang sarat mengandung anak ketiga.


Natasha dan Luhammad Faizan kehilangan anak mereka, Muhammad Al Qayum Muhammad Faizan, 7, dan kakaknya, Nur Syaza Alfisya, 10.


Mayat kedua-dua mereka ditemukan di bilik utama rumah yang terbakar.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, dua beradik berkenaan tinggal bersendirian dan sedang tidur. Kedua-dua ibu bapa mangsa tiada di rumah dan pintu gril terkunci.


Amirudin sementara itu turut melawat dua lagi keluarga lain yang terjejas dalam kebakaran itu dan kini berteduh di pusat pemindahan sementara (PPS) balai raya kampung berkenaan.


Beliau turut menghulurkan sumbangan daripada Pejabat Parlimen Gombak dan Pejabat Tanah dan Daerah kepada setiap keluarga terbabit.


"Sumbangan yang diberikan ini adalah bantuan awal kepada keluarga yang terjejas dan kerajaan negeri akan mengikuti langkah seterusnya yang akan diambil selepas laporan bomba diterima.


"Saya difahamkan ketiga-tiga rumah berkenaan adalah rumah yang disewa mangsa. Jika tanah sendiri, kita boleh memberi bantuan membina semula rumah.


"Disebabkan itu rumah sewa, kita akan lihat sudut lain seperti memberi bantuan mereka menyewa di tempat lain dengan bantuan disalurkan oleh Lembaga Zakat dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) jika ada keperluan," kata Ahli Parlimen Gombak itu.


Amirudin sementara itu turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta agensi lain yang melakukan kerja-kerja menyelamat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page