top of page

MB Selangor: Isu PBT dijangka selesai sebelum Ramadan



Oleh: Abdullah Zaid


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjangkakan pembahagian kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu selesai menjelang pada Mac ini.


Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, perkara itu selesai sebaik sahaja mencapai persefahaman antara pemimpin komponen parti Kerajaan Perpaduan sebelum membuat keputusan.


"Saya sudah dapat maklum balas awal daripada mereka dan ada persefahaman dengan semua. Ini bukannya terlalu besar, mungkin hanya laporan berita yang buat ia gempar.


"Sebelum Tahun Baharu Cina saya akan cuba dapatkan masa. Saya ada cadangan tetapi saya ingat sebelum bulan puasa ini kita boleh muktamadkan semua," katanya kepada media di Pavilion, Bukit Jalil.


Tambah Adun Sungai Tua itu, pihaknya akan akan mengatur pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Megat Zulkarnain Omardin dalam masa terdekat.


Bagaimanapun, katanya segala pelantikan masih diteruskan bagi memastikan majlis PBT berjalan dengan baik.


Pada 20 Januari lalu, Pengerusi UMNO Selangor Zulkarnain Omardin memutuskan menyerah kembali kuota 20 jawatan ahli majlis PBT kepada blok Pakatan Harapan.


Megat berkata, tindakan itu bukan disebabkan pihaknya merajuk sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada 373 jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang dilantik bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page