top of page

MB Selangor diberi mandat terajui KEADILAN Pahang

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Aug 8, 2022
1 min read


Persiapan rapi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 menjadi pertimbangan utama meletakkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pahang.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua ketua Cabang Pahang, petang tadi.


"Saya telah mengadakan mesyuarat bersama semua Ketua Cabang KEADILAN negeri Pahang petang ini bagi urusan pelantikan Pengerusi MPN.


"Saya telah mengemukakan nama saudara Amirudin Shari sebagai Pengerusi MPN Pahang dan setelah mendengar pandangan, semua Ketua Cabang sebulat suara bersetuju dengan pelantikan tersebut.


"Semoga lantikan ini akan memantapkan lagi gerak kerja KEADILAN di Pahang serta mampu menarik sokongan rakyat menjelang PRU-15," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page