top of page

MB Sanusi sindir Bersatu, PN retak menanti belah?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 17
  • 2 min read
ree

KEADILAN Johor menyifatkan Perikatan Nasional (PN) semakin goyah selepas kenyataan sinis pemimpin Pas terhadap rakan sekutunya, Bersatu.


Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Fakharuddin Moslim berkata sindiran yang dilemparkan Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor semalam jelas menggambarkan kelemahan Bersatu yang tidak mempunyai kekuatan akar umbi.


"Sanusi sindir Bersatu — katanya parti tu tak ada akar umbi, modal pun tak ada. Takkan nak jadi ketua? perli dia," kata Fakharuddin dalam satu kenyataan.

 Fakharuddin Moslim
 Fakharuddin Moslim

Beliau turut mengulas kenyataan Presiden Pas, Hj Hadi Awang baru-baru ini yang menegaskan calon perdana menteri PN mesti berusia bawah 70 tahun, sekali gus dilihat sebagai sindiran terhadap Muhyiddin Yassin yang kini berusia 78 tahun.


Menurut Fakharuddin, usaha Muhyiddin membentuk pakatan politik longgar bersama parti parti pembangkang lain selain PN hanya menunjukkan sikap terdesak.


"Muhyiddin pulak, sebelum ni ligat buat pakatan longgar dengan mana-mana pihak yang nak lawan Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim. Sampai Hindraf dan Ramasamy pun dia sanggup peluk.


"Bak kata budak Gen Z: Ramasamy pun Ramasamy lah, janji lawan Anwar," katanya.


Fakharuddin menegaskan pergolakan yang berlaku dalam PN jelas menunjukkan pakatan itu hanya bersatu atas dasar kepentingan kuasa semata-mata.


"Itulah wajah sebenar PN, retak menanti belah. Hidup Melayu cuma jadi modal manis mulut, sedap telinga penyokong dengar.


"Hakikatnya depa tengah gaduh sakan, semata-mata nak rebut jawatan PM," tegas beliau.


Dalam ucapan penggulungan sebagai Naib Presiden, MB Sanusi berkata, ada parti yang 'datang bertanding syok sahaja' dan jentera semuanya dibantu oleh Pas.


"Kita menghadapi rakan-rakan (dalam PN) yang bergantung kepada peralatan yang kita bayar. Di sini (Kedah), saya fikir di tempat lain sama juga.


"Satu cawangan kita minta RM120,000 untuk satu UPU (unit peti undi). Sebelum ni semua peralatan itu kita bayar, depa mai bertanding syok aja.


"Habis tu nak jadi ketua? Duit tak dak, jentera tak dak, (harap) kita (Pas) semua," kata Sanusi dipetik Malaysiakini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page